Malam tadi berjaya menemui radiosonde D20054573 di belakang IKBN Kuala Langat. Bertarikh 9 Mac 2022 jam 21:16 dengan altitud 40m. Altitud ketinggian maksimum 23153m yang diterima oleh stesen radiosonde 9W2VDN di Putrajaya. Isyarat terakhir didengari dari Bangi pada altitud ketinggian 863m.
Credit 9W2VHF |
Hanif 9W2VHF telahpun menunggu berhampiran IKBN. Menurut beliau tiada isyarat radiosonde dapat diterima. Walaupun isyarat dengan jarak 711m.
Credit 9W2VHF |
Kemungkinan peranti radiosonde dimasuki air semasa berada di atmosfera. Kebiasaan jarak 2km masih boleh lagi diterima isyaratnya.
Papan tanda IKBN Kuala Langat berhadapannya kami berkumpul malam tadi sambil menunggu rakan-rakan lain yang ingin sertai SAR. Oleh kerana kami berdua sahaja, maka misi diteruskan dengan bermotorsikal sahaja.
Berpandukan jarum kompas digital GPS waypoint finder laluan yang mudah dicari. Kebiasaan ladang kelapa sawit dikelilingi parit. Ada laluan yang berpalang. Motorsikal diletakkan di situ. Jarak ke koordinat terakhir radiosonde D20054573 adalah 152m. Bertemankan cahaya lampu menuju sasaran.
Berpandu jarum kompas digital bersama suluhan cahaya pencarian diteruskan. Berjalan di atas rumput berhati-hati kerana najis lembu bersempah di sana-sini. Jarum kompas digital bertukar hijau dan biru menandakan destinasi ditujui telahpun tiba.
Terlihat radiosonde di atas rumput menghijau. Belon tergantung dihadapannya. Semasa menjumpainya agas berterbangan di sekitar kami. Nasib baik memakai pelitup muka. Tiadalah ia masuk ke mulut seperti yang dialami oleh Hanif 9W2VHF.
Jarum kompas digital berbaki 2.6m tepat pada kedudukan peranti radiosonde yang dijumpai. Sangat yang menguja ternanti-nanti ketika bertukar menjadi biru. Pasti berada disekitar kawasan berhampiran. Bantuan lampu suluh memudahkan pencarian. Bertambah mudah diatas rumput menghijau serta ladang kelapa sawit bersih dan lapang.
Credit 9W2VHF |
Credit 9W2VHF |
Credit 9W2VHF |
Belon yang pecah tergantung di hadapan peranti. Kebiasaannya belon tergantung atas pokok. Berada di hadapan peranti kerana ia yang mengemudi peranti sebelum jatuh ke bumi. Kemungkinan cuaca yang buruk di atmosfera menjadi faktor hampir hancur keseluruhan bentuknya. Peranti radiosonde senyap menandakan papan litar telah dimasuki air.
Credit 9W2VHF |
Penting untuk rujukan di peta google sebagai misi akan datang. Kedudukan jam ditalakan tepat atas peranti.
Credit 9WVHF |
Belon dan peranti masih terikat dengan benang. Belon ditangan kanan menunjukkan ia berada dihadapan peranti yang dipegang tangan kiri di belakang. Pada kali ini benang tersimpul. Ini menunjukkan bahawa semasa di udara ia berputar-putar jatuh ke bumi. Pertama kali menjumpai benang terpintal. Kebiasaannya pada radiosonde iMS-100 yang mempunyai payung terjun.
Pemakaian vest pemantul cahaya sangat membantu dalam misi mencari radiosonde. Selain faktor keselamatan, orang sekeliling pasti maklum sesuatu tugasan sedang dilaksanakan.
Nombor siri berkod bar menjadi rujukan setiap kali penerbangan. Lima nombor terakhir digunakan dengan penambahan angka 20. Jadi nombor rujukan radiosonde ini adalah 20054673.
Misi bedah siasat peranti yang senyap. Rupanya seperti dijangka ia basah dimasuki air. Pasti keadaan di atmosfera bergelumang dengan cuaca yang buruk. Jika isyarat masih hidup, pasti jarak 711m dari jelopi masih boleh didengari.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment