Belon KLIA D20054341 Jatuh Di PULAPES Jugra


Credit 9W2DVZ

 Pada 5 Mac 2022 jam 21:07 belon KLIA D20054341 telah jatuh di PULAPES Jugra. Tangkap layar di atas merupakan hasil cerapan  Ayob 9W2VDN setelah tiba di Pulapes. Menggunakan rdzTTGO dalam talian membolehkan masuk ke server laman sesawang sondehub.  Jadi kedudukan terkini radiosonde dapat dikesan dengan lebih tepat lagi. Kedudukan radiosonde telah beranjak ke tengah sedikit menghampiri jalan. Koordinat 2.83025 darjah Utara dan 101.41541 darjah Timur. Altitud ketinggian 12m.


Tangkap layar di atas pula, hasil cerapan Hanif 9W2VHF menggunakan Tbeam dalam talian juga. Ini membolehkan kedudukan terkini masuk dalam server sondehub. Kami sampai terlebih dahulu sebelum Ayob 9W2VDN. Koordinat 2.83025 darjah Utara dan 101.41539 darjah Timur. Altitud ketinggian tinggi semeter daripada cerapan Ayob 9W2VDN 13m.

Credit 9W2MFE
Tangkap layar di atas merupak titik terakhir radiosonde D20054341 pada malam itu. Koordinat 2.83107 darjah Utara dan 101.4155 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir ini adalah 125m. Merujuk kepada peta di atas, ia berada di tepi kawasan Palapes. Ternyata banyak perbezaan setelah ia dicerap semula berada di kawasan berhampiran.

Credit 9M2ZAK
Gambar lokasi Pulapes hasil carian google earth Zak 9M2ZAK. Jarak penulis di pintu masuk ke titik akhir radiosonde adalah 283.89m. Bearing dari pintu pagar itu adalah 247.11 darjah. Merujuk gambar ini dapatlah gambaran keadaan lokasi radiosonde mendarat.

Credit 9M2ZAK
Nasib baiklah jatuh dalam kawasan yang dikawal ketat. Perlu mendapat kebenaran daripada pegawai yang bertugas. Jadi, taklah perlu risau sangat walaupun mencarinya di sebelah malam. Koordinat yang menjadi rujukan Zak 9M2ZAK adalah 2.83025 darjah Utara dan 101.41542 darjah Timur. Berada di kawasan lapang sebelah pokok.
Credit 9M2ZAK
Namun, hampir tepat. Kedudukan peranti tergantung di atas pokok sebelah titik itu. Manakala, belon berada sebelah kiri menghadap jalan berada di atas tanah. Patutlah semasa menghala ke Pulapes ini dalam jarak 2km kami telah mendapat isyarat radiosonde. Rupanya ia telah tergantung di atas pokok. Lagi tinggi kedudukannya tergantung, maka mudahlah mencerap lokasinya menggunakan Tbeam atau rdzTTGO. Peranti yang seharusnya dimiliki oleh pemburu belon.


Timbul persoalan cara untuk menurunkan peranti radiosonde ini. Agak mudah, apabila salah satu daripada belon atau peranti berada diatas tanah. Perlu putuskan belon dari benang agar ia boleh melurut turun. Setelah belon dipisahkan peranti telah turun sedikit. Kedudukan agak rendah berbanding pada kedudukan ia dijumpai. Maka, Arul 9W2OCX mencari batang yang panjang untuk dijolok atau menarik benang agar dapat jatuh ke bawah. Akhrnya peranti jatuh ke bawah juga setelah ditarik benangnya.


Setelah jatuh ke tanah maka seronoklah kami berempat menandakan misi malam itu telah berjaya. Kami berterima kasih kepada dua orang pengawal yang mengiringi kami mencari radiosonde ini. Mudah kerana berada dikawasan lapang berdekatan pokok dekat tengki air. Jika tidak melakukan pencarian. Pastilah belon dan peranti akan dibuang oleh pekerja pembersihan keesokannya.


Lokasi jatuhan belon D20054341 di Pulapes, Jugra. Semasa memantau di sebuah restoran di Dengkil. Hati kerisauan jikalau ia jatuh di kawasan Bukit Jugra. Pasti sukar mencarinya jikalau jatuh dalam kawasan hutan. Akhirnya angin membawa ke hadapan sedikit dalam kawasan Pulapes ini. Tapi jika angin membawa ke hadapan sedikit lagi, pasti ia masuk ke dalam Sungai Langat pula. Masuk dalam sungai pastilah kami melepas lagi untuk mendapatkan belon ini. Alhamdulillah rezeki menyebelahi kami pada kali ini.


Tbeam milik Hanif 9W2VHF telah berjaya mencerap lokasi terkini dari pintu pagar. Kami tidak masuk terlebih dahulu walaupun telah mendapat kebenaran dari pengawal yang bertugas. Kami menunggu Ayob yang memandu dari Putrajaya melalui SKVE. Pastilah kami akan menunggu mana-mana rakan yang ingin turut serta dalam misi mencari ini.


Setelah koordinat terkini diperolehi, maka ia dimasukkan pada aplikasi GPS waypoint finder. Jaraknya dari pintu pagar ke peranti adalah 287m. Tidak jauh beza dengan jarak yang Zak 9M2ZAK kira melalui google earth di atas.


Kedudukan jelopi Ayob 9W2VDN setelah berpatah balik mencari laluan lain ke Pulapes. Laluan asalnya telah terhalang oleh kerja-kerja penyelenggaraan malam itu. Kami berkomunikasi melalui radio di frekuensi 145.500MHz.


Setiap kali misi pencarian dijalankan, semua anggota akan mengaktifkan kedudukan terkini melalui sondehub atau aprs mahupun di media sosial seperti whatsapp. Ini sangat penting agar semua orang dapat mengetahui kedudukan terkini setiap saat. Maka perancangan teratur dapat dilakukan apabila setiap orang tahu di mana kita berada. Ia juga sebagai langkah keselamatan terutamnya waktu malam yang gelap. Risiko berlaku sesuatu amatlah tinggi.


Kedudukan peranti setelah jatuh selepas dijolok. Perlu bijak dalam menyelesaikan  segala masalah. Nasib jumpa batang paip di bawah tangki air berdekatan. Setelah kedudukan rendah sedikit mudahlah ia ditarik turun.



Kedudukan peranti berbaki 60cm. Agak rendah kerana berjaya mencerap koordinat berdekatan dengan lokasinya. Sebab itulah dapat mencerap koordinat di lokasi berhampiran lebih menguntungkan kerana ia lebih tepat. Namun dengan syarat, ia mestilah masih lagi aktif kedengaran di corong radio. Jikalau isyarat radiosonde tidak dapat dikesan, maka guna sahaja isyarat yang terakhir itu seperti di sondehub atau aprs.

Koordinat jam garmin 2 darjah 49.8140' Utara dan 101 darjah 24.9204' Timur. Penggunaan jam garmin sebagai langkah untuk mengelakkan bargantung harapan pada telefon pintar semata. Kadang kala liputan tidak menyeluruh serta kehilangan data.


Radiosonde D20054341 dalam genggaman dibawa pulang ke utara oleh Arul 9W2OCX. Berkongsi rezeki bersama rakan yang lain.


Misi berjaya dari kiri Ayob 9W2VDN, penulis 9W2DYA, Hanif 9W2VHF dan Arul 9W2OCX. Semangat berpasukan ditunjukkan bagi mencapai matlamat.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...