Misi Mencari Radiosonde RS41-SG di Ulu Choh

Credit 9M2ZAK

 Misi mencari radiosonde RS41-SG di Ulu Choh bersama Zak 9M2ZAK dan harmonic Akmal. Misi pencarian kedua bagi Zak 9M2ZAK telah gagal pada hari ia jatuh 26 Februari 2022 yang lalu. Misi kedua bersama penulis telah diadakan pada 4 Mac 2022. Kesempatan cuti sekolah mencuba mengejar belon iMS-100 dari 3 hingga 5 Mac 2022.

Credit 9M2ZAK

Malam pertama di Pontian Zak 9M2ZAK membawa ronda mengejar belon. Sayangnya belon jatuh ke laut. Selepas berpatah balik semula ke Pontian, eyeball bersama Saiful 9W2DCW.

Credit 9M2ZAK

Datang sebagai pemain import dari kawasan tengah untuk mencuba nasib mengejar belon iMS-100 pula. Pasti berbeza berbanding DFM-17 yang dilepaskan Met Malaysia dengan iMs-100 oleh Met Singapura. Saiful 9W2DCW base hanya di Pontian sahaja manakala Zak 9M2ZAK base di Kulai. Jauh perjalanan turun ke Pontian untuk mengejar belon.


Suasana pagi di Pontian menunggu belon jatuh. Tetap ke laut juga bagi penantian kedua pagi itu. Mengikut perancangan jika belon ke laut misi ke Ulu Choh terus dijalankan pagi itu. Sempat bersarapan nasi lemak di dataran dua hari berturut. Kemudian teruskan pemanduan ke Ulu Choh.
Credit 9W2DCW

Sampai Ulu Choh melalui Kg Melayu sebelum terus ke Empangan Pontian. Menunggu Zak 9M2ZAK tiba dari Kulai. Sempat sembang bersama Pakcik yang menjaga kawasan empangan tersebut. Menerangkan kehadiran di situ bagi mendaki bukit berhampiran empangan untuk mencari belon kaji cuaca. Beliaupun telah maklum kerana hari kejadian Zak 9M2ZAK dan Faizal 9W2DVZ telah mencuba mencarinya.


Empangan Pontian lokasi permulaan trek ke tapak belon jatuh di atas bukit bersebelahannya. Melalui padang pendaratan helikopter menyusuri pagar terpaksa melalui laluan air yang agak lecak.


Bergambar sebelum bergerak ke puncak bukit. Mula sebelah kiri penulis 9W2DYA, harmonic Zak SWL Akmal, Zak 9M2ZAK serta Pakcik pengawal keselamatan.


Radiosonde T0310520 merupakan jenis RS41-SG jatuh bersama iMS-100. Dua jenis radiosonde dilepaskan serentak pada 26 Februari 2022 jam 11:50 pagi mendarat. Sebab itu bersungguh untuk membantu Zak 9M2ZAK melancarkan misi. Ini kerana ada dua jenis radiosonde.


Radiosonde T0310520 jatuh pada koordinat 1 darjah 32.70' Utara dan 103 darjah 32.18' Timur. Altitud ketinggian 114m berjaya direkodkan. Selepas melepasi kawasan berpagar bersebelahan trek yang kami lalui, terus meneroka mengikut bearing jarum kompas digital. Aku pula membuat marker ikat di batang pokok-pokok sepanjang laluan.


Zak 9M2ZAK membuka laluan diikuti SWL Akmal serta aku dibelakang menanda marker. Ia penting sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan sesat di dalam hutan. Melalui beberapa bukit sebelum tiba di kawasan puncak yang berbatu besar di sekelilingnya. Merujuk jam garmin ketinggian yang direkodkan adalah 448m dari aras laut.


Kemudian turun ke bawah sedikit melalui kawasan berbatu dengan berhati-hati. Walaupun sudah berhati-hati, akhirnya aku tergelincir juga dikawasan berbatu yang licin. Kemudian semakin hampir kawasan carian terlihat payung terjun dan belon tergantung di hadapan mata.


Penemuan ini mengesahkan radiosonde telah berjaya ditemui lokasinya. Misi seterusnya mencari peranti radiosonde di bawah pokok yang tergantung payung terjun dan belon. Turun semula mengikut laluan yang sesuai dan selamat di kawasan berbatu. Tiba di bawah pokok dipenuhi resam dan dinding batu yang dilalui tadi.


Maka kamipun cari di sekitar bawah pokok itu. Sayangnya tidak dijumpai sebarang peranti radiosonde. Mendongak semula ke payung terjun dan belon yang tergantung. Ternyata benang tersangkut dahan yang paling atas. Umpama ada sesuatu yang menahan atau benang tersimpul di sebalik dahan. Walaupun angin bertiup kencang payung dan belon tetap utuh bergantungan.


Kemudian cuba turnn ke bawah di kawasan gaung di bawah pokok belon yang tersangkut itu. Mencari di sekitar lantai hutan turut tidak menemui sebarang tanda. Mendongak ke atas pokok dan tebing batu jikalau ada yang tersangkut. Namun, tidak juga menjumpai peranti radiosonde yang dicari.


Kemudian mencari semula di bawah pokok. Radius kawasan pencarian semakin besar dicelah resam dan batu-batu. Akhirnya Zak 9M2ZAK jumpa serpihan polisterina radiosonde sahaja. Kami percaya monyet-monyet telah membawa lari radiosonde ke tempat lain. Serpihan yang dijumpai hanya kecil dan sedikit sahaja. 


Seterusnya percubaan untuk mengambil payung terjun dan belon. Mencuba beberapa kali namun gagal juga. Ia tidak boleh jatuh kerana telah terbelit dan tersangkut pada dahan pokok. Maka misipun berakhir dengan pulang semula ke pintu pagar Empangan Pontian. Misi berjalan selama 3 jam 33 minit masa keseluruhan yang diambil. Walaupun tidak berjaya menemui peranti radiosonde. Lokasi terakhir berjaya dikesan dengan penemuan payung terjun dan belon.











Koleksi video di atas diambil dan dimiliki oleh Zak 9M2ZAK. Perlu mendapat keizinannya untuk menggunakan video tersebut. Hayatilah bunyi latar belakang alam semulajadi yang hanya dapat didengari di dalam hutan sahaja.

Penghargaan kepada Zak 9M2ZAK dan Saiful 9W2DCW atas layanan sepanjang berada di selatan tanahair. Ada masa dan kelapangan boleh mencuba lagi memburu radiosonde bersama Team SAR Selatan yang Terbaik.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...