Team SAR Penang Berjaya Mendapat 2 Radiosonde

Credit 9W2PRX

 Pada 17 Mac 2022 yang lalu Team SAR Penang telah berjaya mendapat dua radiosonde yang telah bertapa selama lebih 85 hari. Arul 9W2OCX dan Mamu 9W2PRX telah menuntut ilmu dan mendapat pengalaman yang luas setelah turun SAR di kawasan tengah dan selatan tanah air. Masing-masing telah berjaya menemui tiga radiosonde sepanjang menuntut ilmu dan pengalaman itu.

Credit 9W2OCX
Atas ilmu yang cukup didada serta beberapa pengalaman telah dikutip. Team SAR Penang telah melancarkan misi untuk mencari semula radiosonde yang jatuh pada disember 2021. Usaha berbaloi dan akhirnya berjaya memperolehi dua daripada tiga misi.


Misi pertama yang berjaya adalah radiosonde D20052648 di jalan TM Bukit Penara. Jatuh pada 21 Disember 2021 jam 21:00 malam dengan altitud ketinggian 507m. Stesen radiosonde yang menerima isyarat terakhir itu adalah 9W2EYR-14 di Sungai Petani.


Video rakaman Arul 9W2OCX ketika berjaya menemui belon yang masih tersangkut di atas pokok. Belonpun bertukar warna kemerahan selepas berpanas berhujan serta berkabus di kawasan bukit.


Belon yang tergantung dengan benang yang terjuntai ke bawah memudahkan pencarian. Menurut Arul 9W2OCX menjumpai belon dahulu sebelum mendapat peranti di bawah pokok.


Jarum kompas digital bertukar hijau dengan jarak tertera 23.8m sahaja lagi. Biasanya jikalau hijau peranti semakin menghampiri untuk ditemui.

Radiosonde dalam genggaman serta jarum kompas digital bertukar biru dengan jarak lebihan 4.3m dari koordinat yang dicari. Aplikasi GPS waypoint finder sangat bagus serta memudahkan tugas pencarian. Koordinat radiosonde D20052648 adalah 5 darjah 23.14' Utara dan 100 darjah 15.62' Timur. Koordinat yang mereka perolehi dari sondehub adalah 5.385455 darjah Utara dan 100.260393 darjah Timur.


Radiosonde D20052505 jatuh di Balik Pulau. Koordinat 5 darjah 21.60' Utara dan 100 darjah 13.87' Timur. Jam 9:04 pagi dengan altitud ketinggian 551m pada 23 Disember 2021. Stesen radiosonde yang menerima isyarat terakhir adalah 9W2EYR-14 di Sungai Petani juga.


Video rakaman Arul 9W2OCX berjaya menemui radiosonde yang tergantung di tepi pagar. Berbuai-buai ditup angin seolah-olah memanggil mata untuk dilihatnya. Masa yang tepat untuk datang mengambilnya walaupun sudah lebih 85 hari tergantung tidak berusik. Kuat sungguh benang yang digunakan untuk radiosonde ini.


Bolehkah anda kesan peranti radiosonde yang tergantung itu? Bergantung di tepi pagar tangki air. Masih kukuh tergantung selagi tidak dikacau atau disentuh. Mudahlah mencarinya walaupun lebih 85 hari di situ.


Video oleh Mamu 9W2PRX merakam detik Arul 9W2OCX mengambil peranti D20052505 yang tergantung dekat tebing berpagar. Hebat kedua stesen berjaya mendapat dua radiosonde dengan pelbagai cabaran. Namun, usaha yang tidak kenal jemu dan bersemangat tinggi membuahkan hasil.

Credit 9W2OCX

Mamu 9W2PRX beraksi mendaki ke puncak jaya untuk mencapai matlamat bagi radiosonde yang kedua. Usaha tangga kejayaan. Walau apapun halangan perlu dihadapi jua dengan semangat yang kental. Namun faktor keselamatan perlu diambil kira juga.

Credit 9W2OCX

Dua stesen ini berjaya meletakkan senarai radiosonde yang berjaya ditemui dalam carta. Syabas dan tahniah kepada Mamu 9W2PRX dan Arul 9W2OCX berjaya mendapatkan radiosonde lebih 85 hari ditemui. Bukan calang-calang orang yang boleh melakukan kerja ini. Kerjasama berpasukan yang tinggi perlu wujud bagi mencapai objektif. Ilmu dan pengalaman yang ada sangat membantu dan memberi keyakinan yang tinggi bagi mencapai kejayaan.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...