Belon Kuantan D20058712 telah jatuh awal pagi tadi. Iayarat terakhir jam 8:29 pagi pada altitud ketinggian 5042m. Ketinggian maksimum adalah 8827m. Terlalu awal untuk jatuh. Namun itulah telah terjadi pada pagi tadi.
Koordinat terakhir merujuk sondehub adalah 3.75299 darjah Utara dan 103.13189 darjah timur. Manakala hasil cerapan TTGO adalah 3.73883 darjah Utara dan 103.13033 darjah Timur. Ini bermakna isyarat masih lagi aktif ketika ia ditemui.
Credit 9W2SMF |
Team Central yang sedang outstation di Kuantan berjaya mendapatkan radiosonde D20058712 pada pagi ini. Pasukan terdiri daripada Hisham 9W2ZQI, Weerut 9W2RUT, Rahmat 9M2RMT dan Mikefox 9W2SMF. Ini merupakan belon Kuantan yang keempat ditemui setakat ini.
Radiosonde ditemui di kawasan lapang memudahkan pencarian.
Credit 9W2RUT |
Jatuh di kawasan lapang bersebelahan dengan parit dan jalan masuk. Jika tidak diambil, pasti dikutip orang. Mungkin ini tapak pembangunan yang jarang orang melaluinya.
Credit 9W2ZQI |
Rdiosonde D20058712 berjaya dalam genggaman. Jadi sememangnya belon Kuantan telah pecah awal dan berjaya ditemui oleh Team Central.
Credit 9W2ZQI |
Peluang jatuh terlalu awal seperti ini jarang berlaku. Ada rezeki pasti ia akan dikejar hingga dapat. Oleh kerana mereka sememang telah berada di Kuantan. Pasti pencarian harus dilakukan kerana jarak tidaklah terlalu jauh.
73, Jojet de 9w2dya
9W2ZQI here. dah bertahun baru dapat baca blog nih. penat masa ni kena buli dgn diorang haha!
ReplyDelete