Berjaya dapat tiga radiosonde dalam sehari


 Semalam telah berjaya mendapat tiga radiosonde dalam sehari. Satu berjaya mendapat di Kampung Jenderam Hilir dan dua unit di Kampung Tanjung, Nilai. Waktu siang mencari secara solo serta waktu malam bersama Nazmi 9M2EDX.


Radiosonde D22028672 telah jatuh pada 14 November 2022 jam 21:41 di Kampung Jenderam Hilir. Misi bersama Arul 9W2OCX tidak berjaya menemui peranti tersebut. Ia jatuh di kawasan dusun buah-buahan serta bersempadanan dengan kebun getah.


Menunggu Arul 9W2OCX di jalan masuk menghadap Masjid Kg Jenderam Hilir. Beliau memandu dari basenya di Puchong. Sebelum itu, aku dari Cheras singgah di plaza tol Southville bagi menunggu sehingga belon mendarat. Setelah mendarat mendapatkan koordinat serta mengkaji peta kawasan jatuhan. Seterusnya barulah misi dilancarkan pada malam itu. Setelah mengkaji bahawa kawasan tersebut boleh dimasuki dan sesuai barulah misi diteruskan. 

Setelah Arul 9W2OCX tiba. Barulah bertolak ke tapak belon jatuh. Beliau memandu hingga kawasan lapang tapak pembinaan rumah mungkin. Isyarat tidak kedengaran setelah tiba. Ini pasti menyukarkan misi dijalankan. Berpandukan arah titik akhir, kami berjalan melewati kebun getah. Ada kesan orang menoreh pada pokok. Ini menunjukkan ladang getah ini masih diusahakan lagi.
Tiba titik akhir kami mencari disekitar kawasan. Namun, gagal menemui sebarang tanda. Ketika itu hujan turun membasahi kawasan sekitar. Berpandu lampu suluh usaha di teruskan hingga ke kawasan dusun buah-buahan. Tetap gagal juga. Maka, misi mesti  ditamatkan.


Keesokannya selepas menghantar harmonic ke sekolah. Misi disambung semula ke titik akhir. Kali ini menggunakan laluan terus ke dusun tidak melalui kebun getah. Walaupun bersemak laluan ke dusun masih boleh dilalui.


Bayangkan pada waktu malam anda jumpa belon seperti ini. Apakah yang terlintas dihati anda? Belon elok tergantung dari atas pokok durian. Tergantung hingga mencecah rumput di dusun buah-buahn bersbelahan kebun getah.


Pokok durian nan sebatang. Sangat tinggi telah berjaya menangkap belon jatuh ke tanah. Peranti tidak kelihatan sewaktu ini. Kerisauan ia tersangkut pada dahan pokok durian ini.


Belon mula tergantung setelah diangkat ia terus bergerak ke atas. Ada tarikan graviti yang mengangkatnya ke atas. Bagaiamana ini boleh berlaku? Ia semakin terapung ke atas. Apa yang menariknya bergerak?


Sudah pastilah peranti tergantung di sebelah hadapannya. Barulah kelihatan peranti muncul perlahan-lahan setelah belon bergerak ke atas. Ini petanda baik bahawa peranti tidak tersangkut pada dahan. Mengapa pada malam tadi ia mati? Mungkin terhentak dengan dahan semasa mula tergantung pada pokok durian ini.


Elok tergantung turun perlahan-lahan apabila belon diangkat bergerak ke atas. Prinsip fizik apakah yang digunapakai untuk situasi ini? Imbangan dua subjek yang berbeza beratnya. Titik imbangannya di dahan pokok durian. Cuba fikir bagaimana hendak mendapatkan peranti tersebut?


Koordinat peranti hasil cerapan jam Garmin adalah 2 darjah 52.5808' Utara dan 101 darjah 43.3429 Timur.


Koordinat belon hasil cerapan jam Garmin adalah 2 darjah 52.5802' Utara dan 101 darjah 43.3432 Timur.


Radiosonde D22028672 akhirnya dalam genggaman. Gagal mendapatkannya malam tadi. Tidak! pagi ini sudah berjaya mendapatkannya. Bagaimanakah caranya dalam keadaan tergantung itu?





















No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...