Kena Lenyek Masih Hidup

Credit 9W2MFE

 Sebentar tadi Team SAR Central telah melancarkan misi pencarian radiosonde D22028983. Belon KLIA tersebut telah jatuh di Bukit Changgang. Jatuh jam 21:16 bertarikh 5 November 2022. Jatuh koordinat 2.83655 darjah Utara dan 101.62874 darjah Timur.


Altitud ketinggian terakhir adalah 220m serta ketinggian maksimum adalah 25,252m. Ketika dijumpai peranti telah dilanggar lori. Terdapat kesan pada peranti seperti gambar pertama di atas. Namun, walaupun digelek tayar lori pasir tersebut, peranti masih terus hidup.

Lokasi belon mendarat di Jalan Makmur. Kami berdua berkumpul di medan selera bersebelahan simpang tiga berlampu isyarat. Sebelum itu, menunggu Arul 9W2OCX di Dengkil. Kemudian menunggu Yatt 9W2MFE untuk ke lokasi jatuhan belon.

Credit 9W2OCX

Setelah Yatt 9W2MFE tiba, barulah pergi bersama jelopi beliau. Yatt 9W2MFE bergerak dari Klang. Manakala Arul 9W2OCX bergerak dari Puchong.

Jarak titik akhir dari medan selera adalah 632m. Lokasi belon jatuh di Jalan Makmur, Bukit Changgang. Jika berjalan kaki mengambil masa 10 minit berdasarkan kiraan peta google.

Berdasarkan pengiraan peta google jarak 800m mengambil tempoh 1 minit berkereta dan bermotorsikal. Letakkan sahaja koordinat, kemudian terus ikut laluan yang ditunjukkan. Koordinat yang perlu ditulis adalah 2.83655N 101.62874E


Video rakaman Arul 9W2OCX detik-detik selepas turun dari kereta Yatt 9W2MFE.  Pemandu yang nampak peranti tergolek di tepi jalan itu. Ketika dalam perjalanan Arul 9W2OCX sibuk mendapatkan koordinat terkini menggunakan peranti rdzTTGOsonde. Menghampiri titik akhir Yatt terlebih dahulu nampak peranti. Jadi tidak perlulah mendapatkan koordinat yang baru. Objektif tercapai apabila peranti telah berjaya ditemui.


Tim SAR Sentral berjaya menemui radiosonde D22028983 yang masih lagi aktif. Percubaan untuk memadamkan kuasanya gagal. Butang untuk mengaktifkan telah rosak akibat digelek tayar lori pasir berwarna merah itu.


Peranti DFM17 ini sangat lasak dan kuat dengan pelbagai halangan dan rintangan. Malam ini menjadi saksi bahawa ia masih bernyawa walaupun digelek dengan lori pasir yang amat berat. Bahagian badan yang agak tebal berjaya melindungi papan litar daripada gagal berfungsi.
Jarak peranti dijumpai ke titik akhir adalah 39m bagi altitud ketinggian 220m. Stesen radiosonde 9W2OCX Budak Giler terus bekerja dengan cemerlang pada malam ini. Lagi rendah altitud lagi mudahlah hendak mencarinya.


Kesan gelekkan tayar lori pasir dapat dilihat dengan jelas. Jatuh di atas jalan tempat lori parkir. Ia secara mengundur dari jalan utama lalu menggelek disebelah tayar pemandu. Masih mengekalkan bentuk asal, tetapi penyek sedikit. Peranti tetap berfungsi dengan baik. Mantap sungguh DFM17 ini. Berbaloi pihak Jabatan memilih peranti jenis ini.


Kawasan tapak jatuh belon diterangi oleh jelopi Yatt 9W2MFE. Terpaksa meletak di bahu jalan kerana Jalan Makmur ini agak sibuk. Pengguna lalu-lalang sewaktu kerja-kerja perekodan dilakukan.
Kami mengangkat tangan kepada mereka bagi tanda hormat.


Arul 9W2OCX menghantar laporan kepada laman sesawang SondeHub. Mewar-warkan bahawa peranti telah berjaya ditemui pada malam ini. Jadi, tidak perlu rakan lain untuk mencarinya lagi. Menghantar laporan ini sangat penting. Maklumat seperti ini akan memaklumkan bahawa peranti telah selamat dicari. Tidak perlulah rakan lain berpenat lelah mencari lagi. Boleh mencuba pula peranti yang belum dijumpai. Boleh rujuk bahagian Historical dalam laman sesawang SondeHub.


Peranti radiosonde D22028983 dalam genggaman. Pada kali ini, keadaannya agak berlainan sedikit daripada kebiasaannya. Peranti dilenyek, namun nombor siri dan antena masih berada dalam keadaan baik. Lampu led terus menyala dengan baik. Cuma butang untuk mengaktifkan sahaja tidak berfungsi. Yatt 9W2MFE membawa pulang terpaksa mencabutkan bateri untuk memadamkannya.


Cerapan jam Garmin koordinat peranti adalah 2 darjah 50.2067' Utara dan 101 darjah 37.7075' Timur.


Penemuan pada malam ini umpama mengaut di tepi jalan dengan mudah. Rezeki seperti ini jarang diperolehi. Bila sudah dapat haruslah disyukuri. Mudah untuk diperolehi memandangkan ia jatuh di tepi jalan sahaja. Jikalau lewat pasti esok akan hilang atau dialihkan orang mahupun dibuang begitu sahaja. Hanya orang yang mengetahui kebaikan pasti akan menghargainya.


Belon pecah sepenuhnya bagi altitud ketinggian maksimum 25,522m. Benang masih berbaki agak banyak tidak terlepas sepenuhnya semasa penerbangan. Ia tergantung elok dari atas pelepah sawit berhampiran ia jatuh. Yatt 9W2MFE berjaya menariknya dengan berhati-hati jatuh ke bawah

Peranti yang jatuh di tepi jalan seharusnya diselamatkan dengan kadar segera. Ini penting bagi mengelakkan dari kehilangan diambil orang atau dilanggar kenderaan lain.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...