Belon Kota Bharu Radiosonde D22025480 menghampiri Sg Golok

Credit 9W2PRX

 Belon Kota Bharu radiosonde D22025480 telah berjaya di selamatkan berhampiran tebing Sungai Golok oleh stesen 9W2GCQ pada malam tadi.
Credit 9W2PRX

Jatuh jam 21:07 malam bertarikh 29 November 2022. Koordinat 6.19265 darjah Utara dan 102.07877 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 188m dan ketinggian maksimum adalah 27,533m.

Credit 9W2PRX

Menurut stesen 9W2GCQ peranti telah dijumpai satu meter jarak dari tebing Sungai Golok. Jika air sungai naik pastilah ia hanyut hingga ke Laut China Selatan. Koordinatnya 6.19252 darjah Utara dan 102.07849 darjah Timur.

Mulai semalam angin dilihat telah berubah kembali ke arah barat. Ini mungkin menyebabkan belon Kota Bharu kembali melepasi sempadan.

Begitu juga belon Bayan Lepas, mula dilihat ke arah Selat Melaka kembali. Manakala belon KLIA turut kembali ke arah Banting. Jika terlajak lagi boleh turut ke Selat Melaka.

Belon Kuantan pula akan meninggalkan jauh Kuantan. Mungkin kembali mendarat ke Jengka semula. Belon Paya Lebar mungkin jatuh ke Kukup semula. 

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Menara Kuala Lumpur BASE Jump 2023

Semalam berkesempatan membawa harmonic ke Menara Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Nanas. Mercu tanda ikonik Kuala Lumpur ini turut menjad...