Radiosonde D22028493 jatuh di Litar Sepang

Credit 9W2MFE

Pagi tadi belon KLIA radiosonde D22028493 telah jatuh di Litar Sepang. Tim SAR Sentral yang berkelapangan telah menuju ke titik akhir bagi mendapatkan belon dan peranti. Aku dari Bangi sebelum ke saltmine. Manakala Baros dari Putrajaya serta Yatt 9W2MFE dari Klang. Oleh kerana semua sibuk dengan tugasan kesempatan yang ada tidak dapat dilepaskan.

Dua stesen menuju destinasi yang sama 9W2BWS-6 dan 9W2DYA-5. Oleh kerana ia jatuh mudah akses, maka bagi yang berkelapangan bersama-sama mencarinya walaupun sebentar. Selepas itu, masing-masing sibuk dengan tugasan.


Ia jatuh pada jam 9:28 pagi. Koordinat 2.75643 darjah Utara dan 101.72819 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 504m dan ketinggian maksimum adalah 27,658m.


Ia jatuh berhampiran jalan utama. Pastilah semua orang hendak pergi memburunya. Altitud ketinggian agak tinggi iaitu 504m telah membawa kepada hampir 300m jarak ke tempat yang ditemui.


Sedutan video yang dirakam oleh Yatt 9W2MFE ketika berjaya menemui belon dan peranti. Jatuh menghadap ke selatan dikawasan tandus yang digondolkan di kawasan ladang kelapa sawit. Peranti ditemui terlebih dahulu sebelum belon dihadapannya. Titik akhir di tempat letak kereta di kawasan sawit terus menghala ke kawasan lapang. Jauh terbangnya menghampiri 300m kerana tiada sebarang halangan.

Credit 9W2MFE

Manakala aku bersama Baros 9W2BWS cuba ke titik akhir berjalan. Yatt 9W2MFE bermotosikal terus ke titik akhir meletak motor di tepi jalan. Belon telah melepasi parit dan jalan hingga ke kawasan tanah yang ditarah. Yatt 9W2MFE berjaya terus ke titik akhir berpandukan koordinat yang berjaya dicerap menggunakan rdzTTGOsonde.

Credit 9W2MFE

Jarum kompas digital biru dengan bacaan 0.6m berjaya dicapai oleh Yatt 9W2MFE di koordinat terkini.


Terlebih dahulu isyarat telah dapat didengari semasa tiba dikawasan ini. Baros 9W2BWS terlebih dahulu tiba di sini. Aku melihat jelopinya diletakkan dikawasan ini. Lalu akupun pergi ke keretanya ketika itu beliau sedang memegang radio. Setelah beberapa minit kemudian Yatt 9W2MFE pun tiba dengan motorsikalnya. Lalu keluar rdzTTGOsonde untuk mengesan koordinat terkini belon berada.


Koordinat yang berjaya dikunci adalah 2.75447 darjah Utara dan 101.72903 darjah Timur. Yatt 9W2MFE menunjukkan hasil tangkapan pagi ini dikawasan tandus umpama padang pasir.


Yatt 9W2MFE bersama Baros 9W2BWS bersama hasil tangkapan di kawasan belon jatuh. Kawasan lapang tanpa halangan membawa belon jatuh  sangat jauh mendarat. Nasib baik isyarat masih aktif berfungsi. Koordinat yang terkini memudahkan tugasan mencari.


Kawasan tandus tanah merah ini menjadi saksi belon mendarat. Tanpa halangan dan rintangan meluncur laju dibawa angin. Jarak pagi ini sangat jauh.


Hasil tangkapan pada pagi ini berjaya dibawa pulang oleh Yatt 9W2MFE. Kami berkumpul semula di tepi jalan untuk melepaskan lelah seketika. 


Radiosonde D22028493 dalam genggaman. Walaupun tidak cukup masa, hasil kerjasama yang padu pasti berjaya. Setelah melepaskan lelah, masing-masing bergegas ke destinasi sendiri. Pastilah ke saltmine masing-masing.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...