Radiosonde baru digunapakai Met Malaysia


 Awal minggu lepas dipercayai Met Malaysia telah melepaskan radiosonde model baru. DFM-17 oleh Graw tidak lagi diguna pakai bagi mendapatkan data-data meteorologi. Laman web Sondehub tidak kelihatan imej belon DFM-17 yang sentiasa menjadi buruan.


Kemungkinan model baru WxR-301D telah dilepaskan seperti kebiasaannya dari Met Malaysia seluruh negara. Ini menjadi masalah bagi pemburu belon untuk menjejaknya kerana tidak lagi kelihatan di Sondehub. Sondehub melalui auto-rx dan rdzTTGOonde tidak dapat mendekode data model baru ini.

Namun, ia berjaya didekode jua hasil kajian rakan kami yang mahir dalam teknikal perisian komputer. Zaki 9M2ZAK, Wak Mid 9M2TPT dan Weerut 9W2RUT berjaya mencari perisian  yang sesuai untuk mendekod model radiosonde hasil negara oppa Korea.

Makluman semua, ini merupakan model kedua yang dilepaskan oleh Met Malaysia sejak pemburu belon aktif pada penghujung 2021. Jadi, setiap model berbeza cara untuk mendekodnya.

Boleh rujuk blogspot Zaki 9M2ZAK untuk cara-cara mendekod model oppa ini pautan dibawah;

https://9m2zak.blogspot.com/2021/09/radiosonde-auto-rx-setup-raspberry-pi4.html

https://9m2zak.blogspot.com/2023/07/how-to-decode-radiosonde-weathex-wxr_28.html

Setakat ini pemburu belon masih belum menjumpai model baru ini lagi.  Bagi team kawasan tengah pula, sememangnya sukar diperolehi kerana musim belon jatuh ke Selat Melaka. Turut masuk ke laut adalah belon Bayan Lepas.

Tunggu perubahan angin monsun timur laut pasti ia jatuh ke darat kembali.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...