Belon ketiga dan keempat berjaya ditemui

credit 9W2OCX
Semalam dua belon lagi berjaya dijumpai oleh Team SAR Central dan Team SAR Kuantan. Peranti ketiga dan keempat berjaya dimiliki berkat kerjasama berpasukan dalam group dan juga di lapangan.

credit 9W2OCX

Belon KLIA radiosonde 2302105665 pagi semalam telah mendarat di Kampung Batu Untung. Tiga stesen telah terlibat dalam misi mencari dan menyelamat. Peranti telah berjaya dikesan berada dalam parit.

credit 9W2OCX

Peralatan sokongan diperlukan bagi mendapatkan peranti yang terapung dalam parit yang bersemak. Kelihatan Zahrin 9W2MDZ memegang sesuatu yang boleh membantu mendapatkan peranti tersebut. Mengekori dibelakangnya ialah Choong 9M2CEI di kawasan kebun kelapa sawit.

credits 9W2OCX
Tiga stesen terlibat ialah Arul 9W2OCX, Choong 9M2CEI dan Zahrin 9W2MDZ. Zahrin 9W2MDZ telah berada di tebing parit.

 
credit 9W2OCX

Akhirnya peranti berjaya juga dicapai oleh Zahrin 9W2MDZ. Semangat tidak pernah putus asa membawa hasil. Kerjasama berpasukan memerah otak dan keringat telah membawa kejayaan bersama. Namun, faktor keselamatan haruslah dititkberatkan bagi menghindarkan sebarang perkara yang tidak diingini.


Wajah keringan semua stesen setelah oppa berada dalam genggaman. Wajah biasa setelah mengharungi onak dan duri demi sebuah peranti. Kejayaan kedua bagi Choong 9M2CEI setelah berjaya pada malam sebelumnya bersama Weerut 9W2RUT di KLIA 2. Manakala Arul 9W2OCX dan Zahrin 9W2MDZ penemuan pertama bagi keduanya.

credits 9W2OCX

Maklumat di bahagian bawah peranti bagi model WxR-301D. Nombor siri adalah 2302105665. Tarikh tertera 2023.02 buatan Korea.
credits 9W2OCX

Wajah radiosonde yang baharu digunakan oleh Met Malaysia. Pasti menjadi buruan kami pemburu belon selepas ini. Walaupun banyak rintangan dan cabaran bermula ia lepas hingga mendarat tidak menjadi halangan. Kerjasama yang padu dari group dan pasukan di lapangan pasti membuahkan hasil yang gemilang.

credit 9W2FVC

Belon keempat berjaya dicari oleh Team SAR Kuantan di Jengka 25 pula. Mike Fox 9W2SMF turut turun kelapangan bagi membantu mencapai misi kedua mendapatkan peranti oppa. Radiosonde 2302103044 berjaya ditemui oleh Mike Fox 9W2SMF, Fitri 9W2FVC, SWL Mas dan SWL Ammar.

credits 9W2FVC

SWL Mas memegang peranti yang ditemui bergambar kenangan bersama ahli Team SAR yang lain.

credits 9W2FVC

Butir-butir maklumat peranti yang ditemui berada di bahagian bawah. Nombor siri yang tertera 2302103044.

credits 9W2FVC

Hasil tangkapan pada petang itu. Kelihatan belon pecah terjurai. Peranti radiosonde, buku catatan serta raspi dan rtl-sdr dikumpul setempat sebagai bahan bukti kejayaan.


Jarak 183m tertera pada tangkap layar GPS waypoint finder. Koordinat yang dipaparkan itu berada di Jengka 25.

credits 9W2SMF

Wajah sifu Mike Fox 9W2SMF berswafoto bersama peranti oppa yang pertama kali digenggami. Penggerak utama Team SAR Kuantan dalam merancang pembangunan kemajuan pemburu radiosonde di Pahang.

Tahniah kepada semua ahli Team SAR Central dan Team SAR Kuantan berjaya menambah koleksi radiosonde oppa menjadi 3 dan 4 unit. Kerjasama berpasukan amat penting bagi mencapai matlamat mendapatkannya walupun sesukar manapun.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...