MAHA 2024 100 tahun


 Hari Ahad 15 September telah pergi ke MAHA 2024 di MAEPS Serdang. Kali ini masuk Maeps tidak boleh pusing menggunakan kenderaan sendiri. Selalu ke sini kerana banyak tempat menarik.

















Dinosaur di Bangi Gateway


 Hari ini cuti umum Maulidur Rasul dan Hari Malaysia. Ramai orang bercuti dan jalan lengang. Mendapat jemputan kenduri anak kahwin sahabat sependakian gunung iaitu Abg Murdafi 9W2MUR. Berlangsung di Dewan Komuniti Presint 16. Tidak sempat hendak jumpa Deeno pendaki Gunung Denali yang berlaku peristiwa baru-baru ini. Beliau masih dalam perjalanan ketika penulis sudah selesai menjamah nasi minyak.


Kemudian singgah ke Alamanda yang sangat dekat dengan dewan komuniti ini. Tujuan untuk ke MPH yang masih belum di buka lagi. Meronda-ronda sebentar di dalam pusat membeli-belah ini.


Puas meronda Alamanda bergerak ke Bangi Gateway melalui Jalan Ayer Hitam. Tiba di Bangi Gateway terus ke tingkat paling atas untuk solat terlebih dahulu. Pameran dinosaur masih di aras yang sama dengan surau.


Jam 2.30 petang baru pusat ini dibuka. Yuran masuk sebnyak RM 7 bagi kanak-kanak dan dewasa. Tiket tidak diberi. Masuk sahaja ada jurugambar bersedia menunggu untuk bergambar kenangan. Tidak berminat lalu masuk ke dalam lagi untuk melihat haiwan pra-sejarah ini.


Beberapa haiwan yang biasa dilihat dalam setiap pameran wujud di sini. Elok bawa anak-anak waktu cuti sekolah seminggu ini. Berbaloi dengan yuran kemasukan. Masih ada kesan bunyi dan pergerakan haiwan tersebut. Penerangan tentang haiwanpun masih boleh dibaca turut disediakan.


Replika bumi pemandangan dari angkasa raya. Sains angkasa turut menarik minat pengunjung terhadap sains dan teknologi.


Hiasan prop sangat ringkas hanya menggunakan pokok-pokok sahaja. Namun, masih boleh menarik perhatian kepada peminat dinosaur ini.


Kesan lampu juga boleh membawa suasana persekitaran zaman pra-sejarah tersebut. Haiwan yang ditunjukkan tidak terlalu besar memandangkan ruang pameran yang kecil sahaja.


Telur dinosaur yang pecah ini sudah pasti tidak terlepas dari lensa kamera. Prop yang wajib ada bagi setiap bahan pameran.


Haiwan-haiwan bertaraf baby sahaja diletak bagi tatapan pengunjung. Namun garang dengan gigi taring menyiat sesuatu makanan sebagai pemangsa.


Kecil-kecil cili padi, besar jangan disangka bapa, kecil jangan disangka anak. Sungguh mengerikan juga. Namun, Damia sudah biasa melihat haiwan pra-sejarah kegemarannya.


Haiwan kulit berduri ini amat menakutkan dilihat. Macam Ankylosaurus dalam kumpulan Ankylosauria. Mempunyai ekor yang amat kuat untuk melindungi diri.


Si leher jinjang ini pastilah Brachiosaurus. Haiwan ini boleh mencecah ketinggian 82 kaki dan berat hingga 50 tan.


Velociraptor paling pantas berlari untuk memburu mempunyai kuku yang tajam. paling glamour dalam filem Jurassic Park selain Trex.


Diplodocus berleher jinjang juga. Boleh tinggi hingga 82 kaki dan berat hingga 50 tan juga.


Puas bergambar Damia ini bermain games di AEON Fantasy pusat hiburan keluarga. Bersebelahan dengan pameran dinosaur ini sahaja. Perlu masuk duit dalam kad sebelum bermain. Semak baki kad dengan mengimbas alat pembaca baki tersebut berdekatan kaunter bayaran.


Damia suka bermain pengembaraan kuda dan lompat-lompat. Satu lagi kegemaran bermain pokemon. Banyak kad yang diperolehi turut dibawa untuk bermain di sini. Harga RM4 untuk permainan pokemon ini.

Puas bermain turun ke bawah untuk pergi ke MPH pula. Damia mencari pin bagi menambah koleksinya. Berjaya memilih dua lagi pin menjadikan koleksi mencapai 32 buah. Harga satu pin adalah RM15.


Seterusnya ke Pusat Bandar Baru Bangi mencari kedai ikan. Tujuan kali ini mencari ikan puyu. Ternyata ikan puyu emas ada dijual oleh tuan kedai tersebut.


Bela ikan paling mudah sekali. Ada juga minta membelikan haiwan peliharaan seperti sugar glider, hamster, tikus belanda, kura-kura dan ikan-ikan. Risiko yang rendah serta mudah menjaga, pastilah ikan puyu menjadi keutamaan.


Berjaya membeli akuarium plastik yang sedang, makanan ikan serta ubat klorin untuk ikan tersebut. Damia hendak dua ekor supaya ikan tidak keseorangan. Seekor harganya RM5 sahaja. Jadi dua ekor kena bayar RM10 sahaja. Setelah membesar nanti bolehlah dilepaskan di kolam dekat rumah sahaja.


Kedai makan MokNab sebaris dengan kedai ikan walaupun kena menapak sedikit. Oleh kerana agak lewat, nasi ayam kunyit cincang masih ada lagi. Ikan elok dalam plastik. Menurut peniaga semalam di MAHA 2024, ikan dalam plastik boleh tahan dua hari.


Akhirnya di rumah dua ekor ikan puyu berjaya dimasukkan ke dalam akuarium baru. Damia juga suka bagi kucing makan. Kucing jiran selalu datang untuk makan.

73, Jojet de 9w2dya


Jatuh darat lagi


 Nampaknya hari ini, belon KLIA masih jatuh darat lagi. Radiosonde 2405011782 telah jatuh darat jam 9:35:07 pagi. Koordinat 2.63637 darjah Utara dan 101.78119 darjah Timur.


Jatuh di kawasan ladang kelapa sawit altitud ketinggian terakhir merupakan 435m. Agak mencabar juga bagi altitud ketinggian sedemikian rupa. Jatuh menghampiri Sungai Merah dekat Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.


Manakala, sebelah malam telah jatuh jam 21:31:07. Telah jatuh sebelah Kampung Bangkong. Sayangnya altitud ketinggian terakhir adalah sangat tinggi iaitu 2,618m

73, Jojet de 9w2dya

Belon KLIA Jatuh Darat


 Pada hari ini, siang dan malam belon KLIA telah jatuh darat. WxR-301D 2403011781 telah mendarat jam 9:32:27 pagi. Jatuh kawasan membuatkan fikir dua kali untuk pergi mencarinya. Koordinat 2.71106 darjah Utara dan 101.59378 darjah Timur. Altitud ketinggian maksimum adalah 30,920 m agak tinggi juga. Manakala, altitud ketinggian terakhir adalah 323m agak rendah pasti boleh jumpa.


Manakala sebentar tadi jam 21:07:42 belon KLIA sekali jatuh ke darat di Banting. Altitud ketinggian maksimum setakat 19,454m. Seterusnya altitud ketinggian terakhir agak tinggi 1,060m. Radiosonde WxR -301D 2405011778.

Adakah belon sudah jatuh ke darat selepas ini?

73, Jojet de 9w2dya


Kejohanan Kriket MSSM 2024


 Pada pagi tadi hendak menderma darah di Masjid Al-Umm di Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Semasa melalui UKM di padang kriket kelihatan pasukan MSSM sedang bertanding. Cuti sekolah bermula hari ini maka pasukan setiap negeri akan bertarung dalam gelanggang mengikut jenis sukan yang dipertandingkan. Hulu Langat menjadi pengelola bagi Kriket peringkat MSSM ini.


Kempen Jom Derma Darah di ruang legar utama Masjid Al-Umm bermula jam 9 pagi hingga 2 petang. Ia dianjurkan oleh Masjid Al-Umm dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) dan Kelab Kebajikan Kakitangan KTU (KKSK). Banyak faedah setelah menderma darah ini. Satu beg darah mampu selamatkan tiga nyawa.


Ini merupakan kali ke-7 penulis menderma darah. Terdapat enam kerusi derma darah telah disediakan bagi memudahkan penderma melakukan proses. Kakitangan PDN yang ada sangat cekap dan mesra melayan setiap orang yang hadir untuk menderma.


Bergambar kenangan wakil Masjid Al-Umm, Kelab Kebajikan dan kakitangan Pusat Darah Negara. Usai selesai menderma darah pihak PDN memberi Sijil Penghargaan serta minuman air kotak dan roti serta biskut. Ini penting bagi memberi tenaga kembali setelah menderma 450ml darah.


Selain Masjid Al-Umm terdapat tujuh lagi lokasi yang boleh untuk menderma darah bagi hari ini. Selepas minum air kotak bagi mendapat tenaga semula. Bergerak kembali ke UKM.


Kejohanan di UKM berlangsung di Oval Kriket UKM - YSD. Oval yang bertaraf tinggi dengan kemudahan astaka.Terdapat beberapa venue lagi seperti di Selangor Turf Club (STC) Criket Oval, Bayuemas Oval, Klang, SMK Tinggi Kajang dan Kolej Vokasional Sepang.


Cuaca pagi tadi sangat cerah dan sedikit berangin. Padang Kriket UKM yang cantik ini memberi semangat pemain untuk memberi prestasi permainan yang lebih tinggi.


Padang ini berlangsung Kejohanan Kriket bagi peringkat umur bawah 18 tahun. Semasa masuk ke Oval ini kelihatan dua bas sekolah dari Pulau Pinang dan Johor. Sudah pastilah kedua buah negeri ini yang sedang bertanding.


Ketika ini pasukan Pulau Pinang sebagai pasukan pemadang menjaga sekitar oval. Manakala pemain berjersi 1 dan 2 Johor sebagai pemukul untuk mengejar mata. Penulis secara jujur tidak pernah didedahkan dengan permainan Kriket ini. Memandangkan permainan ini terdapat dalam sukatan subjek PJK tingkatan 2. Seharusnya penulis mesti tahu bagaimana permainan ini dimainkan.


Seorang pemain Johor telah terkeluar kerana pemain Pulau Pinang berjaya menangkap bola yang dipukul itu. Ini telah memberi semangat kepada pasukan Pulau Pinang ini. Sebelah pasukan Johor kelihatan ibubapa turut hadir di astaka untuk memberi sokongan kepada pasukan anak mereka.


Melihat aksi semakin rancak, penulis terpaksa bergerak ke Kolej Vokasional Sepang pula. Sebelum ini, umpire menggunakan hand-held untuk berkomunikasi dengan pegawai di khemah di tepi oval. Memandang jarak antara mereka agak jauh. Setiap keputusan dan mata dicatatkan oleh urusetia di bawah khemah sahaja. Melalui jalan menghala ke Bangi terus belok kanan menghala ke Jenderam Hilir. Tiba Jenderam Hilir melalui jalan Ke Sungai Merab.


Venue Kolej Vokasional Sepang bagi kategori Bawah 12 tahun. Melihat keadaan lebih meriah berbanding di UKM. Semua acara bawah 12 tahun berlangsung di sini. Empat gelanggang dipertarungkan bagi merebut kejuaraan. Empat kumpulan dibentuk dengan tiga pasukan dalam setiap kumpulan. Negeri Selangor berada dalam kumpulan D bersama pasukan Perak dan Pulau Pinang.


Sayangnya, penulis tiba di KV ini permainan baru sahaja tamat. Tidak dapatlah melihat aksi si cilik bagi merebut kejuaraan Kriket MSSM.



Jadual di atas bagi peringkat umur bawah 12 tahun. Peringkat akhir akan berlangsung pada hari Jumaat 20 September 2024.


Jadual bagi kategori bawah 18 tahun seperti di atas. Peringkat akhir turut sama pada hari Jumaat 20 September 2024. Selamat bertanding kepada semua pasukan yang terlibat. Adat pertandingan, ada pasukan yang menang dan sebaliknya. Bermainlah dengan semangat kesukanan yang tinggi.

73, Jojet de 9w2dya

MAHA 2024 100 tahun

  Hari Ahad 15 September telah pergi ke MAHA 2024 di MAEPS Serdang. Kali ini masuk Maeps tidak boleh pusing menggunakan kenderaan sendiri. S...