Yatt 9M2YAT Berjaya mendapat lesen Ozonsonde


 Semalam hari Jumaat 7 Mac 2025, Yatt 9M2YAT telah berjaya mendapat belon Ozone KLIA. Jatuh di Kampung Kathong bersebelahan Pusat Matrikulasi Banting.


Ozonosonde  1032405011 telah jatuh jam 11:58 pagi bertarikh 7 Mac 2025. Koordinat 2.82885 darjah Utara dan 101.43681 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 963m dan ketinggian maksimum 31,726m.

Video rakaman Yatt 9M2YAT semasa penemuan ozonesonde. Sebelum ini dilepaskan hari khamis. Pada kali ini hari Jumaat pula.

Credit 9M2YAT

Hasil tangkapan dibawa pulang walaupun misi SAR dalam bulan ramadan.

Credit 9M2YAT

Selepas penmuan berjaya perlu melaporkan dalam laman sesawang sondehub. Mudahlah rakan lain maklum tentang kejayaan penemuan tersebut. Tahniah pada Yatt 9M2YAT atas kejayaan mendapat lesen ozonsonde selepas kenaikan pangkat ke lesen A. Isyarat panggilan lama beliau adalah 9W2MFE.

Selamat Memburu!
Jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Stesen BX3AES-10 berada di IOI Resort

  Kelihatan satu stesen dari Taiwan BX3AES-10 telah diaktifkan di IOI Resort. Nampaknya berjalan kaki dari hotel ke IOI Mall. Stesen BX3AES-...