MySET 2026

 Pada hari ini berkesempatan memantau frekuensi 145.500 MHz. Frekuensi calling channel ini telah digunakan untuk aktiviti MySET 2026.

MARTS telah mengadakan program MySET 2026 bagi menguji tahap kesiapsiagaan sistem perhubungan sokongan negara dalam menghadapai situasi bencana kritikal. Bahasa mudah, semasa bencana kemungkinan sistem perhubungan komunikasi akan terputus. Maka, perhubungan komunikasi melalui radio pasti dapat membantu pihak berkuasa dalam menyampaikan maklumat.

Jam 14:26 petang tadi, Penulis sempat monitor di V40 frekuensi 145.500 MHz. Kedengaran stesen 9M4HK kendalian Abg Din Mega 9M2DGA dan Hafiz 9M2PIZ telah mengaktifkan stesen MySET di puncak Gunung Telapak Buruk. Beberapa stesen berjaya mendapat contact ke puncak ini. Kebanyakan stesen dari Lembah Klang dan kedengaran juga stesen dari Kuantan 9W2YKN kalau tak salah dengar.

Buat pertama kalinya, Penulis berjaya mendengar penyampaian berita kecemasan bagi program ini sebagai Latihan. Monitor menggunakan hand-held TYT sahaja menerima readability 9/5 crystal clear

Jam 14:26 itu, stesen 9M4HK telah berhubung dengan stesen 9W2YIB di UiTM Puncak Alam. Kemudian stesen 9M4HK telah menghubungi stesen 9M2RPN Planetarium Negara.

Berikut maklumat yang berjaya di copy oleh Penulis;

Berita sedia untuk terima maklumat dari 9W2YIB di UiTM Puncak Alam.

Nombor Berita : Nombor 3

Keutamaan Stesen Asal 9W2YFG  V40

9W2YIB 18 jumlah perkataan

Tempat Asal Cameron Highlands

Masa: 11:20 Hour

Pengambilan 31/1/26

Ini Adalah Latihan-latihan

No.1 PPS telah dibuka. Jumlah mangsa 80 orang. 3 orang mangsa yang hilang.  ........... telah ditemui. Jumlah mangsa yang hilang 5 orang. Mesej daripada ASP Nasir IPD Cameron Highlands.

Begitulah kaedah penyampaian maklumat penting semasa komunikasi kecemasan ini. Ternyatalah latihan simulasi komunikasi kecemasan ini sangat penting bagi semua pengendali radio amatur. Seharusnya latihan ini perlu dijalankan selalu agar semua pengendali radio amatur telah sentiasa bersedia dan sanggup menjalankan tanggungjawab kepada negara.

Jumpa dan jumpa lagi

Selamat memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

MySET 2026

  Pada hari ini berkesempatan memantau frekuensi 145.500 MHz. Frekuensi calling channel ini telah digunakan untuk aktiviti MySET 2026. MART...