Portable saltmine



Petang ini dapat juga QSO bersama stesen 9W2OZU abg Zul. Walaupun terputus-putus audio yang bermobile masih lagi dapat copy audioku di Bandar Tun Hussein Onn.
Mungkin beliau bermobile di Bandar Baru Bangi. Terima anda 3/8 kadang terputus-putus.


Kedengaran juga audio 9W2OTX yang telah sampai dibasenya Sungai Merab.


73, Jojet de 9W2DYA

Signal report on 8 October 2016



Monitor rakan V38 QSO semalam agak meriah dengan kedengaran audio stesen 9W2ZZC abg Zuma kedengarannya dari Kepong. Frekuensi 146.4125MHz kedengaran jelas sekali audio 9W2ZZC di Kepong oleh ku readability 4/8. manakala kedua stesen lagi 9W2OTX dan 9W2PIO readability 5/9 seperti biasanya.


QSY ke V33 145.4125MHz pula, kali ini audio abg Zuma tidak langsung dapat dicopy olehku. Manakala stesen 9W2UGS Abg Shahril di Bandar Baru Bangi Seksyen 9 terima 5/9. Begitu juga Abg Azman 9W2OTX dan stesen 9W2PIO di Presint 14.


Seterusnya mereka sekali lagi QSY ke V38 145.475MHz dan kedengaran semula audio abg Zuma readability 3/8 dari baseku di Bangi. Mengekalkan penerimaan readability 5/9 adalah 9W2UGS, 9W2OTX dan 9W2PIO walaupun WX hujan malam itu. Satu lagi stesen kedengaran nama Wak rupanya 9M2NDO di Tanjung Karang negative copy.


Manakala sebelah petang pula, sempat aku monitor kedengaran audio stesen 9W2XXV portable Puchong Permai readability 4/8. Beliau QSO bersama stesen 9W2VDN  di Putrajaya yang tidak dapat dicopy audionya.


Pada pukul 6:05 kedengaran audio abg Azman QSO bersama stesen 9W2UMF abg Fuad di Bandar Baru Bangi yang audionya tidak dapat dicopy olehku. Kemudian aku masuk bergabung sehingga jam 6:20 kerana 9W2OTX QRL dengan  tugasan untuk mengambil gambar pemandangan matahari terbenam di Putrajaya. Menurut beliau Abg Yop 9W2VDN portable di Presint 5 menggunakan handy dengan antenna rubber duck sahaja. Tidak hairanlah Sungai Merab audionya dapat diterima.


jumpa dan jumpa lagi.
73, Jojet de 9W2DYA



FENOMENA AIR PASANG BESAR DAN BANJIR PANTAI 15 - 16 OKTOBER 2016

Pada 30 Sept 2016, MARES telah dijemput menghadiri taklimat dan perbincangan bersama agensi dan ngo lain berkenaan ramalan JUPEM berkenaan fenomena air pasang besar dan banjir pantai. Dari maklumat yang didapati, terdapat 4 kawasan utama di Selangor, Perak dan Kedah yang mungkin dilanda banjir kilat.
Selangor:
Tanjung Karang
Kg Tok Muda
Perak:
Bagan Datoh
Kedah:
Kuala Muda
Jangkaan air pasang besar sekitar 14, 15 dan 16 Oktober adalah jangkaan tinggi. NADMA dan Kerajaan Negeri dan pejabat-pejabat daerah yang terlibat dalam perancangan dan gerak kerja untuk mengambil langkah-langkah persiapan awal untuk menghadapi bencana akibat fenomena tersebut. Agensi-agensi penyelamat seperti Polis, Bomba, APM dan APMM juga bersedia untuk menghadapinya dengan pelan tindakan masing-masing.
Komunikasi :
Agensi-agensi yang terlibat akan menggunakan GiRN sebagai sistem komunikasi primary. Perkhidmatan radio amatur diminta untuk bersedia sekiranya diperlukan.
Adalah disarankan rakan-rakan radio amatur dapat bersedia sekiranya dipanggil untuk membantu.
Segala koordinasi persiapan bencana di kawasan yang terlibat diletakkan di bawah Pegawai Daerah masing-masing (selaku pengerusi ajk bencana daerah.
MARES akan dihubungi oleh NADMA melalui group whatsapp agensi/ngo yang dikelolakan oleh NADMA untuk membantu koordinasi komunikasi radio amatur. Oleh yang demikian, sekiranya rakan-rakan, kelab atau komuniti mempunyai masa kelapangan pada 14 - 16 Oktober untuk menjadi sukarelawan emcomm secara individu, atas nama kelab atau komuniti/grup masing-masing, sila whatsapp ke talian saya, 9w2fg 018.661.7037 atau 9w2fd 012.428.0696.
Sekian, terima kasih.

9M2RPN contact OR4ISS



Tepat 2:25 pagi kedengaran audio dari ISS di 145.800MHz. Terima readability 4/8 di baseku Bangi. Ramai juga yang monitor terutama rakan V38. Akhir QSO jam 2:30 pagi ketika ISS melalui sepanjang Semenanjung. Beberapa soalan telah dikemukakan dan dijawab dengan baik sekali. Yang paling jelas kedengaran adalah Thank You Over yang dijawab oleh Takuya Onishi KF5LKS.
Tunggu tahun hadapan pula, untuk program seperti ini yang
credit Mhd Fairos Asillam
 diadakan setiap oktober.














73, Jojet de 9W2DYA








Tweet ARISS



ARISS ct. w/ Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1, Kuala Lumpur, Malaysia on 06 Oct. Set for 18:24 UTC. The ct. is direct w/ OR4ISS and 9M2RPN.


https://twitter.com/ARISS_status

QSO bersama 9W2OTX dan 9W2OZU



Awal pagi tadi lebih kurang jam 1:15 panggilanku disahut oleh stesen 9W2OTX di Sg Merab. Abg Azman satu-satu stesen yang dapat menerima pemancaranku dengan readability 3/8. QTH diatas bukit memberi satu kelebihan untuk menerima  dari pelbagai sudut. Paling jauh menurut beliau memancar hingga ke Temerloh, Pahang.


Kemudian jam 1:25 pagi pula, kedengaran audio stesen 9W2OZU di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi masuk bergabung. Namun beliau tidak dapat copy audioku maklumlah QRP stesen menggunakan handy sahaja. Terima anda readability 4/8 dari baseku Bangi. Walaupun abg Zul tidak dapat mendengar audioku, maka abg Azman lah menjadi pengantara QSO kami. Biasalah bila bersimplex kadang boleh copy dan kadang kala tak dapat copy. Bergantung radas yang digunakan.


Tapi sebelum itu, aku dapat copy satu stesen iaitu 9W2DFL Faizul QTH Putra Perdana readability 5/9. Beliau sedang QSO bersama Johan kedengarannya yang pasti itu stesen 9W2PJH yang sering ku lihat jelopinya di Alamanda. Semasa QSO kami, abg Azman ada bertanya kepada Faizul samada beliau dapat menerima audioku. Faizul menjawab bahawa negative copy. Nampaknya sampai ke Putra Perdana aku dapat menerima pemancaran.


QSO bertiga kami berhenti hingga jam 2.00 pagi memandangkan semuanya akan saltmine. Seronok dapat rakan baru lagi, QSO berkisarkan tentang APRS, SSTV dan ISS.


Rupanya komuniti radio ham Putrajaya ada group whatsapp dan blog ini telah discrenshotkan. Terima kasih semua rakanV38 Putrajaya membaca tulisanku yang biasa-biasa ini. Tulisan hanya sekadar berkongsi pengalaman dan idea sahaja.


Jangan lupa pagi ini QRV145.800MHz untuk mendengar Angkasawan di ISS akan contact 9M2PRN jam 2:21pagi.


Terima kasih abg Azman dan abg Zul atas QSO dan perkongsiannya. Jumpa dan jumpa lagi


73, Jojet de 9W2DYA



9M2RPN calling OR4ISS


Jangan lupa 7hb Oktober 2016 nanti acara tahunan live communication with ISS.
Kali ini astronot dari Jepun KF5LKS akan menyambut panggilan dari Planetarium.
Acara pada kali akan diadakan awal pagi jam 2.
QRV 145.800MHz untuk menerima audio dari ISS.

Monitor V38 dan QSO bersama 9W2OTX

Pagi ini sempat monitor di V38 di base station. Kedengaran signal report 5/9 pada stesen 9W2UGS, 9W2OTX, 9W2PIO dan satu stesen adalah 9W2OZU kira-kira jam 1.40 pagi.


9W2UGS di Bandar Baru Bangi manakala 9W2PIO di Presint 14 dan paling hampir adalah 9W2OTX di Sungai Merab.


Akhir QSO mereka aku mencuba menguji pancar dan dijawab oleh 9W2OTX yang hampir denganku. Beliau menerima signal report readability 3.


Aku hanya menggunakan handy TYT TH-UVF8 dengan bantuan antenna quarterwave groundplane. Menurut 9W2OTX diakhiri perbualan mereka berempat sering ke udara lewat pagi ini.


Terima kasih dapat menjawab panggilanku ada kelapangan boleh bertemu didaratan dan ke udara lagi.


73, Jojet de 9W2DYA

9W2DYA-1 dan 9W2DYA-4

Dua stesen ini diaktifkan menggunakan SARTrack yang mudah untuk disetupkan.

QTH terkini K6MRC-1 Kapal Hospital US

Lokasi terkini K6MRC-1 berada di Sumatera antara Ipuh dan Pulau Pagai Selatan, Bengkulu.

Kali terakhir direkodkan berada di Kuantan pada 14 Ogos 2016 melalui data stesen 9W2JDY-3.

Pada hari baru dapat dikesan olehku melalui raw path yang aktif.

Pada waktu ia meneruskan perjalanan ke Utara mungkin ke Acheh.

SSTV 26 Ogos 2016 imej 4/12


Malam tadi jam 10 malam pada laluan pertama ISS, imej SSTV berjaya dirakam menggunakan aplikasi Robot36.
Jam 10:04 kedengaran audio SSTV menerjah ke dalam radio handy TH-UVF9 yang sangat baik 59.

Selepas itu, Robot36 mendekod dari bunyi bertukar kepada imej. Kadangkala audio yang dicapai itu seolah bunyi katak dan cengkerik.
Bagi ketahui ketepatan waktu ISS melalui ruang udara Malaysia aku menggunakan aplikasi Amsatdroid yang mudah dimuat turun dalam Play Store.

Aku menggunkan antena quaterwave groundplane yang meneruskan kecemerlangan apabila bekerja dengan ISS di frekuensi 145.800MHz


SSTV 15 - 16/8/2016

https://amsat-uk.org/2016/08/10/iss-sstv-august/

Pada 15 dan 16 Ogos ini dijangkakan ISS akan mengaktifkan SSTV. Rujuk alamat website di atas.

The MAI-75 Experiment will transmit SSTV images on 145.800 MHz FM over the course of a few orbits as the space station passes over Moscow.

Tunggu dan lihat samada laluan bagi negara kita diaktifkan atau tidak

Limpahan Kasih

Dari 9W2AXE. Semua rakan ham dijemput hadir.
-----
Limpahan kasih orphanage carnival puchong 14 Aug Sunday. 9- 5 pm.

The scouts n amateur radio team are organising a small carnival at limpanhan kasih puchong orphanage.  The scouts have planned team building games and challenges for the orphans all day. Yr children can join and participate in the scouts rope challenge and related team activities n learn about radio comm. In the afternoon there will be a 4x4 tour and demo. You are most welcome to join. U Can bring pot luck Or Donate directly to them or volunteer to help out on that day. Do join us and touch the hearts of the orphans and have a fun time while at it.

Address:
Pusat pendidikan limpahan kasih , lot 115 ,lorong Bistari 3 , kampung seri aman, batu 13 , 47100 puchong , selangor.
Maybank a/c : 562777200627.

For more info contact 9w2axe (+60 19-2225724)

great time for alibaba gang eyeball too.!

9M4SJH JOTA Kebangsaan ke-5

Hari ini berlangsung JOTA kebangsaan kali ke-5 termasuklah stesen 9M4SJH di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2. Beberapa buah sekolah dalam daerah Hulu Langat turut terlibat.


Aku menyediakan pameran tentang Radio Amatur dengan bantuan 10 orang ahli kembara terlibat.


Terdapat  3 stesen radio digunakan untuk aktiviti menggunakan callsign 9M2RT dan 9M2RMT. Satu stesen 40m dan simplex V66 dan Repeater HUSAR. Ramai peserta teruja untuk QSO dalam JOTA pada kali ini.


9W2VMW menjawab panggilan di V66 setia menanti giliran peserta untuk mencuba QSO. 9W2HPI turut bersalaman didaratan.



K6MRC-1 Kapal Hospital US Navy di Kuantan

K6MRC-1 merupakan sebuah kapal Hospital milik US Navy. Ketika ini berada di Kuantan.

Kapal ini mengaktifkan aprs menggunakan software Xastir. Sebagai Igate ia telah mendengar 2 stesen di Kuantan iaitu 9W2JDY-1 sebanyak 6 packet dan stesen 9W2JDY-3 sebanyak 25 packet ketika artikel ini ditulis.

Manakala, terdapat 2 stesen berjaya mendengarnya adalah 9W2JDY-3 Bukit Sulai 3 packet jarak 23.9km dan 9M4RCH-3 Gunung Brinchang 4 packet jarak 241km.

Kapal yang panjangnya 894 kaki atau 272.49m pada asalnya adalah oil tanker SS Worth.

Kapal hospital yang tidak membawa senjata bertujuan memberi bantuan kemanusiaan.

73, Jojet de 9W2DYA

JARF 2016

Stay Tune for Jakarta Amateur Radio Festival - JARF EVENT in North jakarta

6-7 August 2016, Jakarta Amateur radio Festival Event , AMSAT-ID plan for On The Air for Ancol in North Jakarta, Location Of JARF
With CallSign YB0ZZ (YangkeBravoZeroZuluZulu) which is a Club Station ORARI Daerah DKI JAKARTA, Operator Is AMSAT Indonesia Team
on LAPAN-ORARI/IO-86( UpLink 145.880Mhz T88.5, Downlink 435.880Mhz ) , AO-85  ( Donwlink 145.980Mhz, Uplink 435.170Mhz T67 ) , SO-50 Satellite  ( Uplink 145.850Mhz Open T74, Running  T67, Downlink 436.800Mhz )

Special this Event Supporting From LAPAN Command Center Open Voice Transponder at Schedule :

6 August 2016 Time in UTC
02:04.51    - Open Voice  Pass 1
05:33.21    - Open Voice  Pass 3
09:02.01    - Open Voice  Pass 5
12:30.56    - Open Voice  Pass 7

All Passed Over Indonesia and Around Asean Country ( India, Thailand, Malaysia, Philipine) Include Australia

7 August 2016 Time in UTC
00:43.25   - Open Voice Pass 1
04:11.50   - Open Voice Pass 3
07:40.26   - open Voice Pass 5
11:09.18   - Open Voice Pass 7

between odd and even pass you can hear Long Beacon, ( @Freq 437.425 Mhz ) for Supporting antenna build and testing in location AMSAT ID Stand.

Pls Check an Join Twitter @lapansat  , @amsatid for more Question and update Information

See u On The bird 73's de YE0EEE

YB6HJE-1menerjah igate 9W2DYA-5

Petang semalam stesen dari seberang YB6HJE-1 berjaya menerjah masuk beaconnya ke stesen 9W2DYA-5 melalui digipeater RDG di Genting.

Tak kusangka setup yang paling simple menggunakan antena rubber duck sahaja. Ketika itu, ditingkat 4 saltmineku yang betul-betul menghadap Genting.

Manakala, 9W2DYA-10 aprsdroid turut mendapat packet daripada igate ini. Ingatkan tak boleh menggunakan device yang sama serentak aktifkan AFSK. Rupanya tiada yang mustahil.

Memerang ada di Oasis Park

  Semalam cuti peristiwa bagi penulis dan Damia. Tarikh 10 Ogos 2026 berkesempatan untuk beriadah di Oasis Park Bandar Puteri Bangi. Ada pen...