DXing @ Gunung Nuang

Pada hari sabtu yang lalu 16 Januari 2010, sempat qso dengan abg Anwar 9w2uwr di saltmine sebelum mesyuarat. Abg Anwar telah memberi info bahawa ADARC akan mengadakan DX di kaki Gunung Nuang di Hulu langat. Jika ada kesempatan bolehlah eyeball dengan rakan-rakan yang selama ini hanya mendengar audio sahaja.Jadi ada kesempatan selepas mengambil harmonic di Batu 10 Cheras terus ke Hulu Langat sambil singgah dulu nak isi perut bagi kenyang. Sampai di Hutan Lipur Gunung Nuang terlihat T-Shirt Adarc, ini mesti gang V47 kataku dalam hati . Ya betul rupanya 9w2wpg abg boy sedang sibuk hendak mengalih keretanya. Jadi aku perkenalkan diri untuk melihat aktiviti yang dijalankan. Ketika itu hanya ada 2 stesyen sahaja yang sudah berada di sana menunggu ketibaan rakan ham yang lain. Bersalaman dengan 9w2tse abg Fendi yang kelihatan ford ranger yang merah garang warnanya. Di sana banyak kereta para pendaki. Pada hari itu, menurut Renjer hampir 200 orang telah memasuki kawsan Gunung Nuang.Sekarang di bayaran masuk dikenakan untuk menampung kos pembersihan di tempat rekreasi yang menjadi tumpuan warga kota.Cuma Satu ringgit sahaja dikenakan untuk seorang.
Kemudian datang dua lagi stesyen iaitu 9w2bjt faiz bersama 9w2ntt halim dengan keretanya. Manakala 9w2bct abg Aswadi dengan 110 tiba kemudian dengan pelbagai peralatan untuk dx ini.Rupa-rupanya kawan lama, selama ini hanya mendengar audio sahaja. Hobi ini betul-betul mengeratkan semula perhubungan antara satu sama lain. Selepas memunggah barang ke tapak dan mendirikan khemah akupun pulang dengan kepuasan dapat bersalaman didaratan.Boleh jumpa dan jumpa lagi. Terima Kasih semua.9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...