Perasmian Rumah Kelab PRADAS


Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base station ke Seksyen 15 tidaklah jauh sangat membolehkan aku tiba seawal mungkin untuk melihat aktiviti yang dianjurkan pada masa itu. Kelihatan gerai-gerai dan suasana meriah dapat dirasakan bila berada disitu untuk menarik minat masyarakat mengenali dunia radio, yang berkemungkinan masyarakat menganggap hobi ini dikaitkan dengan tonto. Pendedahan sebegini dapat memberi pandangan serta pengetahuan yang betul tentang radio amatur.
Pada pagi itu acara dirasmikan oleh YB Dr Shafie Adun Bangi. Ramai juga rakan ham yang datang untuk bersalaman didaratan. Sempatlah aku jumpa abg Boy, Abg KJ dan paling glamour Wak Terbang. Abg wak terbang menerbangkan pesawat hang glidernya satu pusingan sahaja di stadium MPKJ disebabkan keadaan angin yang kuat, tetapi disebabkan kepakaran dan pengalaman beliau tidak menghampakan rakan-rakan untuk memberi pertunjukan yang hebat. Syabas dan Tahniah Wak. Sempat juga jumpa dengan Pak Din dengan jelopi yang hebat dengan antena setinggi separas dengan tiang lampu.Terima kasih semua dapatlah juga aku berkenalan dengan PRADAS ini.9w2dya

No comments:

Post a Comment

Belon Kota Bharu Radiosonde D22025480 menghampiri Sg Golok

Credit 9W2PRX   Belon Kota Bharu radiosonde D22025480 telah berjaya di selamatkan berhampiran tebing Sungai Golok oleh stesen 9W2GCQ pada ma...