Bukit Broga, Broga Semenyih

Bukit Broga dekat semenyih sekarang ini sering menjadi tumpuan ramai sebelum subuh lagi pengunjung telah tiba untuk menikmati pemandangan terbitnya matahari. Berdasarkan gambar rakan-rakan yang menanti matahari terbit itu, di sini tidaklah menarik jika berbanding dikawasan yang lebih tinggi seperti pemandangan dari puncak-puncak gunung. Apapun keindahan ciptaan tuhan itu haruslah dihargai. Lagi satu, di sini pemandangan rumput-rumput yang menghijau melatari pemandangan bukit menyebabkan orang ramai sanggup mendakinya. Lebih-lebih lagi kaki fotografi sanggup menunggu detik yang sesuai untuk mendapat sudut yang cantik untuk kepuasan diri. Bagi kaki gunung pula untuk lebih mencabar boleh teruskan trekking anda ke Gunung Tok Wan. Puncak Bukit Broga adalah 400 meter dari aras laut. Memang cantik pemandangannya, kepada sesiapa yang telah sampai tahu keindahannya. Pemandangan pekan Broga, Semenyih, Kajang dan lain-lain tempat dapat dilihat dari sini. Bagi kita rakan ham cubalah memancar untuk menguji kemampuan alat kita. Saya sendiri telah mencuba memanggil rakan dan dijawab oleh 9W2YUP dijalur V47 ketika itu di basenya Sri Damansara. Saya guna handy pancaran 5 watt menggunakan antena rubber duckies diterima baik 5/9 oleh beliau. Terima kasih Pak Yup dapat juga qso pada pagi itu. Ada kesempatan boleh bertemu di udara mahupun didaratan jumpa jumpa lagi 73.
Hendak ke Bukit Broga senang sahaja. Anda perlu ke Pekan Semenyih kemudian cari papan tanda ke Broga. Kalau dari arah Kuala Lumpur perlu belok ke kiri manakala dari arah Seremban perlu belok ke kanan. Kemudian terus perjalanan hinggalah jalan kembali kepada dua lorong selepas itu disebelah kiri adalah tempat letak kereta di kawasan ladang kelapa sawit. Letak kereta teruslah mendaki ke atas ada papan tanda disediakan. Tidak perlu risau jika tersesat kerana pasti anda akan berselisihan dengan pengunjung lain.Memang meriah di sana, pelbagai ragam orang dapat dilihat. Ada yang berpakain seperti hendak ke pusat membeli-belah turut mendaki ke puncak bukit. Tidak perlu risau kerana denai pendakiannya amatlah luas tetapi aspek keselamatan perlulah diutamakan. Beberapa kejadian yang tidak diingini pernah berlaku di sini, jadi berhati-hatilah kerana terdapat beberapa lokasi amatlah merbahaya jika tidak berhati-hati kerana kecerunannya amatlah tinggi. Bagi kaki gunung tiada masalah kerana sudah berpengalaman sebaliknya yang tidak pernah masuk hutan ini lagilah perlu berhati-hati. Bagi saya yang berpuluh kali naik turun gunungpun mengambil langkah keselamatan sangat dititikberatkan. Berdasarkan pemerhatian saya terdapat beberapa tempat mempunyai risiko yang tinggi seperti kawasan cerun tinggi dan kawasan berbatu-batu besar. Oleh itu, persiapan diri perlu ada untuk memulakan xtvt pendakian ini. Bagi kita rakan ham, dari segi komunikasi tidak mempunyai masalah kerana kepakaran dan peralatan yang dimiliki mampu memberi bantuan jika ada sebarang kecemasan. Selamat mendaki.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...