KEJOHANAN ROAD RUN SMKBTHO2 KALI KE 8 2011

Kejohanan tahunan ini akan diadakan pada Ahad 3 April 2011. Bermula di hadapan SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras pada jam 8.00 pagi. Larian tamat di kantin sekolah yang mengadakan kategori mengikut peringkat umur Bawah 18 tahun dan Bawah 15 tahun lelaki dan perempuan. Peserta akan berlari di sekitar Suasana, Arca dan Primaya dan kembali ke sekolah semula. Jarak larian bagi lelaki adalah sejauh 7km manakala perempuan pula sejauh 6km.
Sehubungan dengan itu juga pada 30 Mac 2011 hari Khamis akan diadakan acara mengenal trek bagi membiasakan peserta dengan trek larian. Bagi sesi pagi latihan akan bermula jam 8.00 hingga 10.30 pagi. Manakala sesi petang pula latihan akan bermula 4.30 hingga 6.30 petang.
Oleh yang demikian, diharapkan rakan-rakan dapat mewar-warkan tentang aktiviti ini bagi melicinkan perjalanan kejohanan ini. Ini kerana laluan yang dilalui oleh peserta adalah jalan utama. Pihak penganjur berharap kerjasama pengguna jalan raya agar berhati-hati ketika melalui jalan-jalan tersebut. Walaubagaimanapun langkah-langkah keselamatan telah diambil dan para peserta diingatkan tentang keselamatan diri ketika berada di jalan raya. Aspek keselamatan adalah diutamakan bagi memastikan tiada sebarang kemungkinan akan berlaku. Akhir kata, kerjasama  penduduk sekitar amatlah dihargai bagi melancarkan aktiviti tahunan ini.

73, Jojet, 9W2DYA



No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...