Portable Saltmine

Hujung tahun menjelma seperti biasanya aku tidaklah terlalu sibuk. Ini memberi aku peluang untuk mencuri-curi masa untuk QSO memanggil mana-mana rakan yang berkesudian dan berkelapangan. Biasanya waktu tengahari hingga ke petang memang jarang rakan dijaluran kerana masing-masing sibuk bekerja. Tidak hairanlah jika memanggil pasti tidak dijawab.
Aku menggunakan handy dengan kuasa pancaran 5 watt serta antena rubber duck. Setakat ini pengulang yang  dapat bekerja dengan baik adalah 9M4RBC dan Nesrac. QTH sangat strategik memandangkan saltmine aku ini kedudukannya di atas bukit dan mempunyai empat tingkat. Puncak Genting Highlands dan puncak Telapa Buruk dapat dilihat dari sini jika cuaca baik. Oleh itu, tiada masalah untuk RX jika pengulang berada di puncak itu. Beberapa hari lalu hujan turun sebelah petang kadangkala diselang dengan kilat dan petir berdentum sangat bahaya untuk TX.
Saltmine aku berdekatan lokalan V47 Alam Damai, Cheras. Jikalau ingin simplex pasti mencuba memanggil rakan-rakan di V47. Kebarangkalian untuk rakan menjawabnya amat tipis sekali memandangkan rakan-rakan tiada dibase kerana saltmine. Sehingga sebelum cuti sekolah ini aku akan monitor di mana-mana jalur untuk QSO jika ada kelapangan.
Pernah aku QSO ke Ampang dari sini bersama 9W2MBV dan Bandar Tasik Selatan bersama 9W2PDT. Kadangkala juga aku kedengaran audio dari Putrajaya 9W2AYH QSO terima anda 5/9 cantik bergaya tetapi bila aku memanggilnya semula tiada balas, ini menunjukkan kuasa pancaran aku tidak dapat menembusi pesawatnya. Selain itu pernah juga QSO dengan 9W2BMX di Bandar Tun Razak dan QTH aku saltmine adalah Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Audio dari Kajang Utama pula 9W2BCT dan 9W2CEH di Tmn Universiti Kajang belakang UKM dapat diterima dengan baik. Manakala 9M2RIE mobile pula biasa audio diterima baik apabila di Bulatan Lumba Kuda Sg Besi.
jumpa dan jumpa lagi 73....

73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...