CQWW WPX Contest monitor di webSDR

CQWW WPX Contest 2012 telah berlangsung pada 24 hingga 25 Mac 2012 mengikut waktu UTC.Kesempatan waktu yang ada membolehkan aku monitor melalui webSDR. Inilah masa yang ditunggu-tunggu kerana frekuensi pada waktu ini sangat aktif dengan CQ CQ contest.

Melihat pada waterfall garisan-garisan putih kelihatan sangat banyak jika dibandingkan dengan hari yang lain. Mungkin juga propagasi pada hari itu sangat membantu rakan-rakan memanggil rakan yang lain. Jika kepekatan warna putih itu dilihat melambangkan penerimaan sangat baik sekali iaitu 59. Saat inilah yang paling menyeronokkan kerana aku boleh mengubah ke mana-mana frekuensi mendengar audio dengan baik sekali.

Selepas mendapat copy callsign yang didengar maka boleh terus disimpan ke dalam logbook website itu.

Hari pertama contest aku bermula jam 17:22 UTC hingga 19:24 UTC. Aku menggunakan 2 website webSDR iaitu YO3GGX dan VK3YT.  Satu di negara Romania dan satu di Australia. Pertama kali aku menggunakan webSDR Australia walaupun penerimaan sangat kurang baik tetapi dapat dicopy rapi. Dengan hati-hati aku mendengar dengan sepenuh hati untuk copy callsign yang dapat didengari. Berbanding di Romania rakan di Eropah sangat aktif pada masa itu memudahkan aku copy callsign dengan mudah sahaja.

Walaupun menggunakan SDR cabarannya mungkin berbeza berbanding menggunakan set radio yang sebenar. Tetapi itulah nikmatnya perbezaan pengalaman ini yang mungkin sukar diperolehi jika kita selalu berlatih menggunakannya. Ini adalah langkah aku pertama belajar sebelum mampu memiliki set HF sebenar.

Band 40M menjadi pilihan aku kerana ramai yang aktif terdapat diband ini. Lagipun majoriti website webSDR memilih band 40M berbanding dengan band lain.

Banyak negara baru yang aku dapat copy seperti China, Jepun, Australia, Serbia, Hungary, Bulgaria, Kyrgystan, Bosnia-Herzegovinia, Belarus, Sweden, Slovenia dan Czech Republic. Aku mengharapkan rakan dari negara sendiri tetapi tiada pula. Pasti aku bangga jika 9M dan 9W dapat dicopy di Australia.

Manakala hari kedua pula 25 Mac 2012 aku bermula jam 00:50 UTC hingga  02:33 UTC. Kali ini aku menggunakan webSDR K2SDR di Amerika Syarikat. Antara negara yang dapat dicopy adalah Brazil, Venezuela, Morocco, Sardinia, Lithuania, Cyprus, Denmark, Aruba, Poland, Croatia, Mexico, Slovakia, Senegal, Colombia, Switzerland, Madeira Is. , Canary Is. , Tunisia, Puerto Rico, Netherlands Antilis ,Kazakhstan, dan Ceuta and Melill. Uhh banyak callsign baru aku copy, inilah penangan WPX. Kalau hari biasa memang tak dapatlah nak copy. Rakan yang masuk contast Tahniah diucapkan kerana berjaya mengibarkan Jalur Gemilang ke serata dunia.

Sekian, Terima Kasih jumpa jumpa lagi 73.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...