Special Event Callsign

Aktiviti radio amatur di Malaysia semakin berkembang dan termasuklah populariti radio dua hala yang lebih aktif berbanding dengan jalur amatur. Kalangan ham, radio komersial dilihat lebih aktif walaupun terpaksa membayar untuk melibatkan diri dalam kegiatan ini.

Hasil pemantauan yang dibuat oleh penulis mendapati jalur komersial sememangnya selalu mendapat tempat termasuklah dalam kalangan yang telah mempunyai callsign. Kalangan SWL menjadikan radio komersial sebagai wadah untuk pembelajaran.

Apa yang ingin diketengahkan oleh penulis dalam coretan kali ini adalah tentang aktiviti yang istimewa atau khas yang mempunyai callsign.  Aktiviti sebegini dapat memperbanyakkan lagi callsign ataupun ia menjadi sesuatu yang istimewa lain daripada yang lain. Tentu si pemburu DX akan mencari dan menggali bagi menambah koleksi QSL card dan menambah DXCC.

Selain itu, award yang ditawarkan memberi keyakinan dan semangat untuk mengejar sesuatu yang jarang didapati serta diperolehi.

Sejak penulis mendapat sayap pada tahun 2009, jarang sekali special callsign didengari yang dikeluarkan oleh SKMM. Adakah syarat yang terlalu ketat hingga menyebabkan permohonan  callsign  sesuatu event disekat? Mungkin ada sesuatu peraturan yang lain diwujudkan bagi mengawal sebarang callsign untuk sesuatu event tertentu. Mungkin juga tiada sesiapa yang ingin menganjurkan atau menjalankan sesuatu event itu kerana kekurangan sumber manusia dan kepakaran, kewangan dan kekangan masa.

Biasanya setiap tahun kita ada JOTA Kebangsaan, Asia Pasifik dan Dunia. Pernah ada minggu Rumah Api dan juga sempena Hamfest 2011. Hujung tahun lalu di Paka ada mini dxpdc dan akan datang 9M0L dxpdc di Pulau Layang-layang akan berlangsung pada 10 hingga 24 April 2012.

Harap banyak lagi special callsign dan event wujud selepas ini. Mungkin sempena Hari Pertabalan Yang Di Pertuan Agung ataupun sempena Perlumbaan Le Tour De Langkawi atau Formula One di Sepang dan lain-lain lagi.

Wujudnya  ia membolehkan pelbagai aktiviti rakan ham semakin bertambah bukan setakat eyeball sahaja. Bertukar-tukar pengalaman dan fikiran dapat memperkembangkan lagi dunia ham kita. Selain itu dapat memperkenalkan lagi hobi yang saintifik ini kepada masyarakat.

Masyarakat lebih maklum fungsi radio sebagai alat komunikasi ketika bencana tetapi tidak tahu apa yang menarik lagi disebaliknya.

Jadi, galakkan dan sokongan harus diberi kepada individu, kumpulan atau persatuan yang terus menghidupkan aktiviti  radio di Malaysia agar terus maju. Tanpa usaha golongan ini pasti aktiviti ini tidak dapat berkembang. Oleh itu, kerjasama semua pihak dapat diadakan atau diharapkan untuk terus gemilangkan minat yang sama ini.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...