SMKBTHO2 mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Hulu Langat 2013


Setelah berkampung selama empat hari di Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi usaha yang gigih telah membuahkan hasil.

Pembawa bendera Nuraiman dan Anas pelompat tinggi

Kem SMKBTHO2 telah diumumkan mendapat tempat ketiga Sekolah Menengah setelah mendapat tujuh pingat emas dan satu pingat perak.

Pasukan SMKBTHO2 perbarisan upacara perasmian penutup
Wajah ceria atlet meraikan kejayaan

Berikut senarai atlet yang berjaya memperolehi pingat dan anugerah

Emas 100m L3 Nazeem
Emas 4x100m L3 Shahrul, Ammar, Nazeem dan Aidil Amin
Emas 400m L3 Aidil Amin
Emas Lompat Tinggi L3 Nazeem
Emas 200m L3 Aidil Amin
Emas 4x400m L3 Hazhol, Ammar, Nazeem dan Aidil Amin
Emas Lompat Tinggi L1 Anas
Perak Lompat Tinggi L1 Nuraiman
Lelaki Terbaik Bawah 14thn (L3) Aidil Amin
Olahragawan Aidil Amin
Tempat Ketiga Sekolah Menengah: SMK Bandar Tun Hussein Onn 2
MSS Selangor : wakil Hulu Langat Anas, Nuraiman, Nazeem dan Aidil Amin 


Rangkaian pelari 4x100m L3

Rangkaian pelari 4x400m L3

Tahniah kepada semua peserta yang telah berusaha mengaharumkan nama sekolah. Berkat rajin berusaha dan tidak pernah jemu dan putus asa telah membawa kejayaan yang gemilang. Manakala yang gagal perlu lebih bekerja keras untuk merebut pingat yang ditawarkan seterusnya mendapat tempat untuk ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Tidak lupa juga kepada rakan saltmine yang bekerjasama membawa pasukan ini mencapai tempat yang terbaik.

Akhir kata usaha tangga kejayaan.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com
 

No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...