Konvensyen Radio Amatur 2013 berjaya memberi lembaran baru bagi pengamal radio amatur.


Konvensyen Radio Amatur 2013 yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Radio Amatur Malaysia (MARL) dengan kerjasama SKMM dan Institut Sains Angkasa, UKM (ANGKASA) telah berjaya dianjurkan pada hari ini. Ia diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh UKM Bangi.


Pada pemerhatian penulis lebih kurang 200 orang peserta mengikuti program ini.


Merujuk kepada buku program antara objektifnya adalah:

1. Acara untuk semua pengendali radio amatur Malaysia berkumpul secara besar-besaran setiap tahun.


2. Ruang untuk berkenalan dan mengeratkan persahabatan antara satu sama lain.


3. Pelantar untuk pengendali radio amatur bersuara, bertukar pendapat dan mengutarakan cadangan mengenai sebarang hal, isu atau masalah berkenaan radio amatur di Malaysia.


4. Pelantar untuk menyatupadukan pandangan dan kepentingan radio amatur di Malaysia dalam bentuk resolusi-resolusi bersepadu untuk tindakan pihak berwajib.

5. Acara untuk mempromosi radio amatur serta memajukannya untuk kebaikan semua di masa hadapan.


Jadi, setelah tamatnya program pada petang tadi penulis berpendapat secara peribadinya objektif telah berjaya dicapai. Sesi penggulungan dan resolusi telah mencapai kata sepakat dari lontaran dalam kalangan tentangan idea dan pandangan yang telah diambil kira.


Program seperti ini sememangnya ditunggu-tunggu kerana dapat bertemu ramai rakan baru dan lama dan juga elmers yang berpengalaman dan berpengetahuan. Bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara bersemuka menambahkan ikatan persahabatan yang lebih mendalam.


Sesi pertama bertemakan Halatuju Radio Amatur Malaysia. Penceramah pertama adalah Pn Nadia Hazwani bt Yaakob merupakan Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Standard SKMM. Beliau membentangkan "Dari Perspektif Badan Regulatori" antara isu kandungannya adalah harapan SKMM agar semua persatuan radio amatur di Malaysia bersatu hati dalam memajukan dan memperkembangkan agar dana dapat disampaikan kepada persatuan yang memerlukannya.

Penceramah kedua pula adalah En. Abdul Rashid Mohd Sultan 9M2RS yang membawa tajuk "Peranan ITU dan IARU dalam penentuan halatuju radio amatur Malaysia". Beliau mengupas peranan dan fungsi ITU agensi dibawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan IARU merupakan kesatuan radio amatur.

Penceramah ketiga adalah Mr. P.V. Lingham  9M2PV menceritakan "The Old Timers". Pembentangan bergambar tentang cerita menarik dan pengalaman penggiat radio amatur dahulu seperti 9M2DX, 9M2DY, 9M2BG, 9M2DJ, 9M2CL, 9M2AV, 9M2EF, 9M2PN, 9M2SB, 9M2LF dan 9M2KR dan ramai lagi.
Menarik melihat gambar-gambar old timers dahulu yang mempunyai semangat yang tinggi bagi menggerakkan perkembangan radio amatur di Malaysia.


Sesi kedua pula bertemakan Pembangunan dan Sumbangan Radio Amatur Malaysia.

Penceramah keempat adalah Prof Ir. Dr Ahmad Faizal Mohd Zain 9M2DX, Felo Bersekutu, ANGKASA yang diberi tajuk tentang "Pembelajaran dan Sumbangan Radio Amatur kepada Sains dan Teknologi". Pembentangan yang menarik perhatian kerana maklumat yang diberi amat memberi pengetahuan terutamannya sumbangan ham terhadap perkembangan sains dan teknologi. Ramai rakan ham didunia telah berjaya mendapat anugerah Nobel atas pencapaian dan penemuan yang berjaya mengubah umat manusia.

Manakala penceramah terakhir adalah En. Redzuan Jamaluddin, Presiden PARTS bertajuk "Pembangunan Modal Insan dan Komuniti melalui Radio Amatur"

Selepas rehat tengahari, sesi bersambung tentang Suara Hati dan Kehendak Warga Radio Amatur. Lontaran idea dan pengalaman serta penambahbaikan bagi memajukan lagi perkhidmatan radio amatur di Malaysia.

Inilah masa yang sesuai untuk pengamal radio amatur untuk mengupas permasalahan serta pencambahan idea bagi mengukuh dan memperkembangkan lagi di masa hadapan.

Segala kata putus dan resolusi akan ditulis dan dihantar kepada pihak berwajib bagi pertimbangan dalam konvensyen ini. Harapan yang menggunung setiap pengndali radio amatur agar draf plan pembangunan radio amatur dapat dierima.


Sesungguhnya konvensyen ini merupakan tempat yang paling sesuai bagi semua pihak bekerjsama bagi memajukan lagi perkhidmatan radio amatur di Malaysia. Walaupun dua persatuan radio amatur yang 'besar' tidak turut sama, tetapi ia telah berjaya menyatukan idea dan pandangan daripada setiap peserta yang hadir.
Oleh itu marilah kita bersatu hati dan berpandangan jauh bagi meningkatkan lagi perkhidmatan radio amatur di Malaysia.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

Belon Kota Bharu Radiosonde D22025480 menghampiri Sg Golok

Credit 9W2PRX   Belon Kota Bharu radiosonde D22025480 telah berjaya di selamatkan berhampiran tebing Sungai Golok oleh stesen 9W2GCQ pada ma...