9M4CRN di Stadium Tertutup Nilai



























 
Pihak NESRAC telah mendapat jemputan untuk Pameran Keusahawanan Di Majlis Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan 2013 (iCEPS9 2013)... Kita akan membuka booth pada hari Sabtu (28/9/2013) bermula jam 8.00am hingga 12.00am... Perancangan awal, kita akan masuk ke tapak pameran untuk membuat persiapan dan menaikkan ant...enna serta membuat uji-pancar pada hari Jumaat (27/9/2013) lebih kurang jam 4pm...

Rakan-rakan yang berkelapangan diharap hadir untuk bersama-sama kita mempromosikan Radio Amatur kepada pengunjung-pengunjung program ini... Sebarang pertanyaan, hubungi Sdr Adha (9W2LFC - 0193425649), Sdr Kamal @ Sugus (9W2NIE - 0189190021) atau Sdr Yusri (9W2ESU - 01115658130)...
 
Rentetan dari maklumat di atas yang diperolehi dari fb, akupun mengambil peluang yang ada untuk mengunjugi rakan di sana. Kebetulan pada hari sabtu itu 28 September XYL ada hi-tea di Hotel Equatorial Bangi.
 
Selepas menghantarnya ke EQ Bangi akupun merancang ingin ke stadium tertutup itu.
 
Memandu melalui lebuhraya PLUS kita sudah dapat melihat stadium disebelah kanan sebelum masuk ke simpang Nilai. Inilah pertama kali aku ke sana berdekatan dengan USIM.
 
Sampai di sana kelihatan banyak gerai pameran sempena Konvensyen Keusahawan Islam ke-9 2013.
 
Bukannya susah untuk mencari gerai pameran radio amatur, perkara yang penting hendak dilihat adalah mencari antena yang pasti kelihatan berdiri megah. Itulah lambang kemegahan apabila terlibat dengan hobi ini. Antena adalah salah satu entiti yang penting dalam radio amatur bagi komunikasi yang lebih sempurna.
 
Ramai stesen berada di tapak pameran itu. Ada yang sudah ku kenali dan juga baru pertama berjumpa walaupun sudah lama kenal diudara. Ada juga wajah yang pernah berjumpa tetapi tak ingat.
 
Ada empat meja pameran diletakkan kepada pengunjung seperti stesen VHF, walkie-talkie dan stesen HF dan meja pendaftaran pelawat.
 
Sememangnya setiap kali bertemu dengan rakan pasti dapat mendengar pengalaman yang berharga untuk dikongsi bersama. Sebab itulah aku suka berkunjung ke tapak pameran kerana ia pasti memberi sejuta pengalaman.
 
Terima kasih tak terhingga kepada NESRAC yang terus aktif mempromosikan radio amatur di Negeri Sembilan. Usaha sebegini harus dikekalkan agar ramai anggota masyarakat sedar tentang penting radio amatur dalam memberi bantuan komunikasi kecemasan disamping hobi yang saintifik.
 
73, Jojet, 9W2DYA
 
 

No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...