Igate 9W2TS di Kajang

9W2PSC-912014-05-05 10:06:362014-05-05 10:06:36OJ03UC > OJ02VX16.9 km 314°2014-05-05 10:06:36
9W2XYX-932014-05-08 18:43:512014-05-08 19:09:34OJ03UC > OJ02VX14.3 km 315°2014-05-08 18:43:51
9W2DYA-12272014-05-08 11:27:092014-05-08 19:14:57OJ03UA > OJ02VX10.3 km 291°2014-05-08 11:32:51
9W2NCP-912014-05-08 19:14:442014-05-08 19:14:44OJ03UA > OJ02VX9.7 km 279°2014-05-08 19:14:44

9W2TS Pak Saad telah mengaktifkan Igatenya di base station Kajang. Hari ini 9W2DYA-12 telah mendapat 27 packet melalui stesen ini. Pada sebelah tengahari ketika ke saltmine aku mendapat 8 packet.

Aku telah sms melalui whatsApp memberitahu tentang Igatenya berjaya mendapat 8 packet. Rupa-rupanya beliau telah memantau pergerakan aku.

Menurut beliau telah mencuba menggunakan antena V24 dan Slim jim dan dapat bekerja dengan baik sekali. Nampaknya Igate ini telah berjaya membuat liputan ke kawasan Cheras Kajang.

Nampaknya hasil dari Seminar tempoh hari telah menambah minat rakan ham bekerja dengan APRS pula. Menurut beliau lagi berminat untuk mencuba tracker pula. Aku telah memberi trafik tentang kepada siapa boleh mendapatkan tracker itu.

Bermula dengan APRSdroid dan UI-View32, terus melangkah lebih jauh bagi meneroka lebih banyak lagi radas atau aplikasi dalam aprs.

Sememangnya ia bukan syok sendiri, kerana kita dapat meneroka lebih banyak ilmu bila mencuba sesuatu yang baru. Ilmu itu tiada had batasannya selagi kita berani meneroka dan mencubanya.

Radio amatur mengajar kita belajar sesuatu tanpa batasan kerana setiap hari pasti ada perkara baru dapat diperolehi.

Sebelah petang selepas balik dari saltmine, merujuk kepada data stesen ini telah menambah dua lagi stesen baru iaitu 9W2XYX-9 dan 9W2NCP-9. Kedua stesen ini merupakan lokalan Cheras Selangor.

Tahniah kepada Pak Saad kerana berjaya mengaktifkan Igatenya menggunakan radio. Walaupun beliau lebih senior daripada aku tanpa segan silu sanggup belajar untuk mendalami ilmu yang baru. Perkongsian ilmu yang ada dapat mengembangkan lagi pengetahuan yang ada dan boleh meluaskan kepada semua pihak.

Maka APRS ini akan terus berkembang dan diperluaskan kerana ia agak baru bagi kebanyakan rakan ham di Malaysia. Hanya beberapa kelompok, lokalan dan tempat sahaja ia diminati. Usaha berterusan dibuat seperti Seminar baru-baru ini menjadi batu loncatan agar ia terus berkembang lebih meluas lagi.

73, Jojet, 9W2DYA


No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...