APRS digunakan sewaktu Viper Challenge 2014

Pagi semalam sewaktu monitor di aprs.fi kelihatan banyak ikon ambulance di sekitar Litar F1 Sepang. Akupun tertanya-tanya event apakah yang sedang berlangsung di sana?. Kebetulan aku mempunyai no telefon 9W2WHT Ee Siong Chong melalui whatsApp aku bertanya apakah yang sedang berlaku di sana. 

Beliaupun memaklumkan ada aktiviti St. John Ambulans untuk Viper Challenge. Kemudian beliau berkongsikan beberapa gambar yang menarik.


credit to 9W2WHT
credit to 9W2WHT
credit to 9W2WHT
credit to 9W2WHT
credit to 9W2WHT
credit to 9W2WHT
Mereka berkomunikasi menggunakan V44 145.550MHz dan cuba monitor di base tetapi audio diterima kurang baik dari Sepang memandangkan aku hanya menggunakan antena cili padi sahaja.


credit to 9W2WHT
Gambar rajah dia atas adalah kedudukan standby ambulans yang bertugas. Aktiviti berjalan sehingga hari ini oleh mereka yang berdedikasi ini.

Selain berwhatsapp aku juga menghantar mesej melalui APRS kepada 9W2KHN dan dijawab oleh 9W2SVT Stanley. Di bawah adalah mesej yang dihantar.

2014-11-01 07:54:32 MYT: 9W2DYA-8>9W2KHN: good luck to all station
2014-11-01 07:55:03 MYT: 9W2KHN>9W2DYA-8: Copy and thank you... 9W2SVT
2014-11-01 07:55:48 MYT: 9W2DYA-8>9W2KHN: berapa stesen ada di sana
2014-11-01 07:56:09 MYT: 9W2KHN>9W2DYA-8: [N1,[üØí\
2014-11-01 07:56:49 MYT: 9W2DYA-8>9W2KHN: yg guna aprs
2014-11-01 08:00:55 MYT: 9W2KHN>9W2DYA-8: Ada yang local kita guna TNC to receive only... aprs.fi tak dapat
2014-11-01 08:04:25 MYT: 9W2DYA-8>9W2KHN: ok thanks Stanley good luck


9W2KHN-10.0 m 0°2014-11-02 15:26:279W2KHN-30.0 m 0°2014-10-31 06:48:26
9W2WHT-717.8 m 90°2014-11-01 06:05:339W2KHN-536.7 m 0°2014-10-19 10:59:10
9W2PGW-1458.3 m 18°2014-11-02 12:45:239W2DCY-1458.6 m 251°2014-11-02 12:37:06
M5103.7 m 45°2014-11-02 16:04:429W2KHN-14337.6 m 261°2014-11-02 11:48:28
M3371.1 m 273°2014-11-02 16:04:42M4415.6 m 69°2014-11-02 16:04:42
9W2HOL-14464.4 m 265°2014-11-02 13:33:529W2NMC-14656.9 m 229°2014-11-02 14:19:02
9W2LKQ-14671.0 m 298°2014-11-02 08:21:039W2LEK-141.4 km 185°2014-11-02 14:09:34
9W2YWK-141.6 km 111°2014-11-02 07:55:00WMKK1.8 km 238°2014-11-02 16:45:25
M11.9 km 93°2014-11-02 16:04:429W2POH-142.4 km 176°2014-11-02 14:18:44
9W2XYY-142.9 km 317°2014-11-02 14:52:53



Manakala di atas pula adalah stesen yang aktif melakukan tugas dengan berdedikasi semasa berlangsungnya event ini. 

Kemudian jam 11 pagi aku bertolak ke Merlimau, Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Penolong Kanan Petang. Perjalanan dari Nilai hingga ke Senawang aku monitor di V44 dan dapat kedengaran petugas menjalankan tugas dengan baik. Kadangkala audio dapat diterima hingga ke Melaka tetapi tidak dapat dicopy dengan baik. Jelopi aku menggunakan antena cili padi sahaja.

Tahniah kepada 9W2WHT, 9W2SVT dan 9W2KHN serta stesen-stesen lain bertugas dengan penuh dedikasi serta berjaya menggunakan APRS dalam sesuatu event.

credit to 9M2CJ

Selepas menghadiri kenduri di Merlimau, Melaka aku singgah di Seremban 2. Seperti dijanjikan pada hari ini ada program tahunan yang ditunggu-tunggu iaitu live communication with Internatonal Space Station.
credit to 9M2CJ

An International Space Station school contact has been planned with participants from SK Putrajaya Presint 9, Putrajaya, Malaysia on 01 Nov. The event is scheduled to begin at approximately 11:14
UTC. The contact will be direct between OR4ISS and 9M2RPN


credit to 9M2CJ

Seperti yang dimaklumkan aku QRV 145.800MHz untuk menerima audio dari ISS. Kebetulan waktu ini aku tersangkut di jalan raya keluar dari AEON Seremban 2 ke Plaza tol Seremban hala ke Kuala Lumpur. Aku mendengar audio yang baik bermula jam 7.19 malam. Terima audio 5/9 walaupun sedang bermobile menggunakan antena cili padi.

9M2CJ

Tahniah kepada para pelajar yang dapat berkomunikasi melalui radio bersama Angkasawan. Ini adalah batu loncatan kepada generasi muda ini minat kepada sains dan teknologi terutama bidang astronomi dan radio komunikasi.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...