Eksplorasi Air Terjun Sungai Perdik

Pada 11 Oktober 2015 Kelab Olahraga SMKBTHO2 telah mengadakan program Eksplorasi Air Terjun Sungai Perdik.



Program ini bermula di sebuah resort  Hulu Perdik yang dikenali sebagai Photon Valley Eco Resort. Taklimat diberi olehku sebagai jurupandu. Langkah keselamatan dipentingkan bagi memudahkan pergerakan serta kawalan. Ahli kelab memulakan perjalanan berjalan ke Hutan Lipur Hulu Perdik mengikut jalan tar dan diikuti jalan berbatu kelikir apabila memasuki kawasan hutan.



Penghujung jalan kami disambut oleh seorang lagi rakan guru yang sudah menanti untuk menyertai trekking ke air terjun. Aktiviti memanaskan badan dilakukan bagi persediaan tubuh untuk menyusuri denai yang mencabar.



Memasuki trek laluan ke puncak air terjun semua peserta berjalan bersama-sama dengan penuh keseronokkan. Sebenarnya pada pagi itu, terdapat kumpulan lain turut mengadakan aktiviti ke air terjun.



Semasa melintas sungai kedua kami berjaya mengikut kumpulan sebuah keluarga yang turut ke destinasi yang sama.  Kami mengekori sahaja dibelakang mereka untuk memberi pengalaman yang lebih berharga kepada peserta tentang keindahan hutan semulajadi.



Selepas itu, kumpulan kami memberi laluan kepada satu kumpulan lagi ke destinasi yang sama dengan lengkap peralatan mendaki.



Lintasan sungai yang terakhir membawa kami terus mendaki ke air terjun. Tiba di air terjun dalam masa sejam 30 minit dari resort dengan jarak 3.89km dan membakar tenaga sebanyak 425 kalori berdasarkan rekod aplikasi Runkeeper.




Aku turut mengaktifkan aprs bagi merekod kedudukan serta ketinggian. Merujuk data yang direkodkan adalah 274m ketinggian dari aras laut dan koordinatnya adalah 3°12.74' N 101°49.56' E - locator OJ03VF90CX - show map - static map
15.3 km South bearing 176° from Kampung Bukit Tinggi, Malaysia [?]
17.4 km Northeast bearing 63° from Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
46.2 km Northeast bearing 64° from Klang, Selangor, Malaysia

Sememang kedudukan air terjun ini sangat tinggi hingga boleh mencapai liputan telefon bagi mencapai data internet.



Adanya internet membolehkan memuat turun gambar ke dalam facebook dan memberi maklumat terkini sepanjang aktiviti berlangsung. Selepas puas bergambar dan menghantar maklumat barulah telefon disimpan bagi menikmati kedingan air terjun ini.
Rugilah rasanya jika disini masih lagi sibuk dengan gajet masing-masing tanpa menikmati keindahan ciptaan tuhan ini.



Boleh dilihat pada pagi ini suasana air terjun begitu meriah sekali dengan pelbagai aktiviti . Rupanya kumpulan yang lengkap dengan peralatan mendaki itu adalah untuk melakukan aktiviti abseiling. Mereka terdiri daripada MadMonkeyz Climbing Gym.



Abseiling menuruni air terjun dengan menggunakan tali memang memberi satu cabaran yang amat besar.



Cabaran mengawal pergerakan ketika menuruni dikawasan cerun yang curam adalah amat sukar baagi yang pertama mengendalikannya. Terdapat beberapa orang peserta telah gagal mengawal pergerakannya lalu jatuh atau hilang imbangan. Lebih lagi keadaan permukaan air terjun yang licin menambahkan lagi tahap kesukaran dalam mengawal pergerakkan.



Ia juga mengajar keberanian kepada peserta serta memberi cabaran tersendiri. Kepercayaan kepada keupayaan tali dalam mengharungi air yang deras serta permukaan yang licin.



Pada tepat jam 12:00 tengahari semua peserta bersiap untuk pulang ke resort selepas puas bermandi-manda. Laluan pulang masih menggunakkan trek yang sama.



Berjalan pulang banyak menuruni bukit lebih bahaya sebenarnya. Tumpuan perlu lebih diberi perhatian dalam menuruni curam yang kadangkala licin akibat hujan pada sebelah malam. Kawasan buluh dilalui menyebabkan perlu merangkak untuk melepasi buluh yang tumbang.



Deruan air sungai yang mengalir dicelah batu memberikan suasan yang mendamaikan. Pada kali ini, aliran sungai agak deras dan lebih banyak berbanding kunjungan pada aktiviti Ladap awal September yang lalu.


Walaupun agak deras, kejernihan airnya tetap menampakan keindahan semulajadinya. Air sungai yang jernih ini melambangkan keaslian hutan masih terpelihara tanpa ada aktiviti pembalakan.



Berjalan dalm satu kumpulan menunjukkan semangat bersatu-padu dan kerjasama antara satu sama lain. Ia juga adalah langkah keselamatan bagi mengelakkan tersasar laluan.



Ketika melintas sungai, peserta perlulah berhati-hati untuk mengelakkan diri terjatuh atau tercedera. Permukaan batu yang licin boleh membawa padah jika kita tidak berhati-hati.



Peluang melihat ikan berenang-renang di dasar sungai yang jernih memberi pengalaman yang berbeza. Ikan berenang riang tanpa diganggu habitat semulajadinya.




Kewujudan ikan dan udang ini sebagai indikator ketulenan air sungai yang masih belum dicemari. Pelajar dapat melihat dengan mata sendiri habitat hidupan sungai.

Perjalanan diteruskan ke Photon Valley Eco Resort semula untuk makan tengahari dan solat zohor.



Keadaan dewan makan yang selesa dan sangat luas serta memberi sentuhan seperti pusat peranginan yang terkenal.





 Aktiviti pada petang itu adalah aktiviti air. Semua peserta dikehendaki menggunakan jaket keselamatan.



Sebelum turun ke dalam air perlulah memastikan pemakaian jaket dalam keadaan kemas. Ini bertujuan untuk mengelakkan ia tertanggal dan boleh membahayakan nayawa penggunanya. Selain itu, kasut juga perlu dipakai bagi mengelakkan kecederaan kaki.



Sebelum memulakan aktiviti air, peserta melalui kawasan rempuhan halangan. Pelbagai halangan telah dibina oleh pihak resort kepada pelanggannya.



Aktiviti rempuhan halangan sangat baik untuk menguji kekuatan fizikal dan mental. Kadangkala ia memerlukan kerjasama berpasukan.



Kemudian peserta ke menara yang masih dalam pembinaan yang mempunyai gelongsor beserta air yang dilepaskan. Perlu menggunakan gelongsor untuk masuk ke dalam kolam.



Peserta sangat teruja dapat menggunakan gelongsor seperti di Taman Tema. Sekali cuba hendak lagi melakukannya. Selepas masuk di dalam kolam , peserta perlu melintasi kolam menggunakan tali yang merintanginya.



Peserta berenang mengikut tali yang direntangi sepanjang kolam ke penghujung.



Tiba di penghujung kolam semua peserta dikumpulkan untuk sesi keyakinan air. Penting bagi peserta menyesuaikan diri dengan penggunaan jaket keselamatan.




Peserta diminta menyesuaikan diri ketika berada di dalam air. Penting bagi mengukuhkan kepercayaan tentang diri ketika di dalam air. Pelbagai formasi dibuat untuk memberi keselesaan tentang penggunaan jaket keselamatan. Selepas keyakinan diri bertambah, semua peserta melakukan semula aktiviti merentangi kolam dengan penuh keberanian.








Pelbagai aksi dapat dilihat semasa menuruni gelongsor masuk ke dalam kolam. Ini menunjukkan keyakinan diri semakin bertambah dan meningkat.



Kemudian semua peserta melakukan aktiviti bermain bola di dalam kolam renang. Mereka kelihatan sungguh seronok apabila dapat berendam.



Selepas mandi dan menyalin pakaian, semua peserta ke dewan makan semula untuk minum petang sebelum pulang ke sekolah.
Semua berasa gembira dan berpuas hati dengan program yang telah disertai.



Suasana Photon Valley Eco Resort juga amat mendamaikan dikelilingi bukit-bukau.




Rumah-rumah tradisi yang ada di sini turut memberi peluang peserta merasai suasana berada di desa.




Rumah tradisi dan mengekalkan senibina melayu  turut memberi pengalaman baru merasai suasana berada di dalamnya.
Akhir kata terima kasih kepada Habsah dan Arif yang turut menjadi guru pengiring bagi memastikan program ini dapat berjalan seperti yang dirancang. Peserta yang bekerjasama sepenuhnya memudahkan perjalanan  program.



Pada masa hadapan bolehlah pula mengadakan program dengan bermalam bagi merasai suasana kehijauan dan kedamaiannya. Turut tidak dilupakan pihak peengusaha resort yang telah memberi perkhidmatan terbaik sepanjang berada di sini walaupun sebentar.





No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...