Signal report on 8 October 2016



Monitor rakan V38 QSO semalam agak meriah dengan kedengaran audio stesen 9W2ZZC abg Zuma kedengarannya dari Kepong. Frekuensi 146.4125MHz kedengaran jelas sekali audio 9W2ZZC di Kepong oleh ku readability 4/8. manakala kedua stesen lagi 9W2OTX dan 9W2PIO readability 5/9 seperti biasanya.


QSY ke V33 145.4125MHz pula, kali ini audio abg Zuma tidak langsung dapat dicopy olehku. Manakala stesen 9W2UGS Abg Shahril di Bandar Baru Bangi Seksyen 9 terima 5/9. Begitu juga Abg Azman 9W2OTX dan stesen 9W2PIO di Presint 14.


Seterusnya mereka sekali lagi QSY ke V38 145.475MHz dan kedengaran semula audio abg Zuma readability 3/8 dari baseku di Bangi. Mengekalkan penerimaan readability 5/9 adalah 9W2UGS, 9W2OTX dan 9W2PIO walaupun WX hujan malam itu. Satu lagi stesen kedengaran nama Wak rupanya 9M2NDO di Tanjung Karang negative copy.


Manakala sebelah petang pula, sempat aku monitor kedengaran audio stesen 9W2XXV portable Puchong Permai readability 4/8. Beliau QSO bersama stesen 9W2VDN  di Putrajaya yang tidak dapat dicopy audionya.


Pada pukul 6:05 kedengaran audio abg Azman QSO bersama stesen 9W2UMF abg Fuad di Bandar Baru Bangi yang audionya tidak dapat dicopy olehku. Kemudian aku masuk bergabung sehingga jam 6:20 kerana 9W2OTX QRL dengan  tugasan untuk mengambil gambar pemandangan matahari terbenam di Putrajaya. Menurut beliau Abg Yop 9W2VDN portable di Presint 5 menggunakan handy dengan antenna rubber duck sahaja. Tidak hairanlah Sungai Merab audionya dapat diterima.


jumpa dan jumpa lagi.
73, Jojet de 9W2DYA



2 comments:

  1. Tq bang jojet..bila nk bersalaman d udara 😀 de 9w2pio

    ReplyDelete
  2. Oh PIO ada kelapangan boleh bersalaman didaratan.

    ReplyDelete

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...