Kelab Kembara menghidupkan api

Perjumpaan Kelab Kembara SMKBTHO2 pada  pagi ini telah mengadakan aktiviti kemahiran menghidupkan api.
Kemahiran ini penting sebagai survival dalam meneruskan kelangsungan hidup. Sewaktu kecemasan atau sebarang kemungkinan yang berlaku kemahiran ini dapat digunakan.
Ahli kelab diberi 3 percubaan dalam usaha menghidupkan api. Pertama diberi 3 batang anak mancis. Manakala, percubaan kedua diberi 5 batang jika masih lagi gagal.
Seterusnya, percubaan terakhir adalah menghidupkan api sehingga berjaya.
Kesimpulannya, aktiviti berkumpulan ini berjaya meningkatkan semangat kerjasama berpasukan.
Ia juga, melatih ahli membuat perancangan yang teliti serta strategi yang berkesan bagi mencapai usaha.
Walaupun terdapat yang gagal pada percubaan pertama. Namun usaha berterusan tanpamengenal putus asa akhirnya berjaya jua.

No comments:

Post a Comment

9M2OCX Berjaya Dapat Lesen Ozonsonde

  Petang tadi Arul 9M2OCX berjaya menemui ozonsonde yang jatuh di Simpang Morib. Ozonsonde 1032405023 telah jatuh jam 13:17 Koordinat 2.7833...