Kem Cabaran Ikhtiar Hidup 2017

Kem ini telah berjaya dilaksanakan pada 15 dan 16 April baru-baru ini. Walaupun 10 orang peserta sahaja yang terlibat, ia berjaya mencapai objektifnya. Peserta adalah ahli Kelab Kembara SMKBTHO2, Cheras.
Kem ini bertempat di Lubok Manggis AG Cottage Rental Village. Terletak 3km dari Pangsun menawarkan suasana kampung yang mendamaikan dipinggir Sungai Langat.
Bermalam di dalam khemah memberi pengalaman yang baru. Ia juga mengajar menjalani kehidupan dengan berdikari. Peserta juga dilatih untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Ia melatih diri peka terhadap perubahan sekeliling.
Aktiviti pertama selepas mendirikan khemah adalah ice breaking. Peserta dalam pembangunan kumpulan perlu mengenali setiap anggota kumpulan. Ia penting bagi melancar komunikasi dan perhubungan yang akrab dalam mencapai satu sasaran.
Walaupun pada awalnya
 perasaan malu itu wujud, namun selepas menjalani pelbagai latihan. Ia berjaya menukarkan watak menjadi lebih berani dan sentiasa berfikiran positif.
Aktiviti gelung Helium melatih peserta berkomunikasi serta bekerjasama membawa turun gelung dari aras pinggang ke tanah. Gelung juga digunakan untuk membawa bola yang diletak ditengahnya. Setiap ahli perlu memegang gelung bersama memindahkannya ke tempat lain tanpa bola terkeluar.
Waktu rehat digunakan sepenuhnya untuk makan dan solat Zohor.Tepat pukul 2 petang peserta bersedia untuk aktiviti abseiling di Air Terjun Sg Perdek. Peserta diambahkan membawa beberapa peralatan seperti harness, helmet, karabiner, figure of eight.
Program ini juga dikendalikan oleh En Razlan dari SJC. Beliau memberi taklimat serta mengedarkan peralatan keselamatan kepada para peserta.
Peserta menaiki kereta dari Lubok Manggis ke Air Terjun Sg Perdek. Tiba di sana laluan dihalang oleh balak tumbang. Ini menyebabkan kereta diletakkan di Pondok pertama.
En Razlan memberi taklimat keselamatan terlebih dahulu sebelum memulakan perjanan mendaki ke puncak air terjun. Cuaca sangat baik sepanjang perjalanan meredah hutan.
Tiba di air terjun En Razlan tanpa berlengah memberi taklimat tentang peralatan keselamatan. Pemakaian harness yang betul bagi menjamin keselamatan sipemakai. Aktiviti abseiling yang berisiko tinggi jika betul dengan cara dapat mengurangkan kadar kemalangan. Kecuaian sangat perlu dielakkan supaya tidak terjadi sebarang kemalangan.
Selepas pemakaian lengkap usaha memasang tali keselamatan dijalankan oleh En Razlan. Trek ditepi air terjun digunakan untuk ke tempat pelepasan. Di sana teknik aktiviti abseiling dijelaskan terperinci agar setiap peserta faham untuk melakukannya.
Penulis sebagai belayer memastikan peserta tidak terjatuh dan hilang kawalan. Pada kali ini, kederasan air agak tinggi memandang ketika ini musim hujan.
Seorang lagi guru penasihat Kelab Kembara Pn Julina membantu memakai dan memeriksa harness dan alatan lain berada dalam keadaan betul dan baik. Penulis juga menggunakan radio untuk komunikasi semasa akiviti ini.

Ketika aktiviti berjalan, cuaca berubah sekelip mata.  Hujan mulai membasahi lantai batu hampar namun tetap diteruskan. Hanya 7 orang daripada 10 berjaya melaksanakan tugasan.
Air semakin naik secara mendadak serta bertukar warna dan mula mengganas. Apabila keputusan untuk memberhentikan aktiviti ini, penulis terus mengarahkan semua orang menyeberangi sungai dengan kadar segera. Ini dikhuatiri air semakin deras menyukarkan diri untuk melintasinya.
Jam 5 petang berjaya menamatkan aktiviti abseiling. Cabaran menuruni bukit pulang ke pondok satu. Cabaran melintasi 3 kali sungai sangat mencabar kerana peningkatan air secara mendadak. Lintasan pertama dan kedua sangat mencabar kerana kederasan yang sangat tinggi. Terdapat barangan peserta hanyut ketika melintasinya.
Tiba kawasan perkelahan En Razlan membuat dibriefing tentang aktiviti yang dijalankan. Seterusnya memandu pulang dalam keadaan hujan lebat.
Sampai di tapak perkhemahan aktiviti blind trail diteruskan. Ia melatih peserta berani dan yakin diri dalam perjalanan mata ditutup.
Kemudia waktu rehat peserta mengambil kesempatan untuk mandi di Sungai Langat bersebelahan tapak perkhemahan. Air yang jernih, sejuk dan agak deras amat menyegarkan. Hilang segala letih beraktiviti sebelum ini.
Selesai solat maghrib dan makan malam, En Razlan mengendalikan slot dari hati ke hati. Peserta berkongsi cerita tentang pengalaman yang dilalui. Mereka ke hadapan berkongsi khalayak ramai.
Habis sesi cerita, solat Isyak dilaksanakan.
Aktiviti seterusnya adalah malam Kebudayaan.
Sebelum melaksanakanya, latihan perlulah dibuat bagi kelancaran persembahan. Tujuannya mencungkil bakat baru dan mengasah kreativiti. Keberanian serta keyakinan diri merupakan elemen melahirkan individu cemerlang.

Hari kedua dimulakan dengan aktiviti sentri setiap sejam.  Kawalan malam penting melatih peserta sifat bertanggungjawab mengawasi persekitaran.

Jam 3 pagi aktiviti night walk dijalankan oleh setiap peserta. Berjalan seorang diri ditemani lampu suluh menguji keberanian dan menghilangkan ketakutan. Selepas 2 jam kemudian aktiviti berakhir. 

Seterusnya kemuncak aktiviti hari kedua adalah trekking Air Terjun Sg Lopo. Melihatkan tempat letak kereta penuh menandakan pagi itu pasti ramai pengunjung.Telahan itu benar, setelah satu jam 20 minit berjalan kamipun tiba. Kelihatan ramai pengunjung memenuhi ruang yang ada untuk bermandi-manda.
Tepat jam 12.30 tengahari kami bergerak pulang ke kem.
Kesimpulannya program ini berjaya menngkatkan keyakinan diri yang tinggi serta kerjasama berkumpulan.













2 comments:

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...