9W2UXP-1 aktif di Cheras

Stesen 9W2UXP-1 menggunakan Aprsdroid untuk aktifkan mode APRS melalui radio.


Pagi ini, packet yang diperolehi melalui Igate dan Digipeater di Cheras sepanjang laluan ke saltmine. Bantuan antena mobile yang lebih baik berbanding menggunakan rubber duck sahaja. Petang semalam abg Ishak 9W2UXP sempat singgah ke portable stesenku sejurus pulang dari salrmine. 
Memandangkan semalam ada mesyuarat di Bandar Baru Bangi membolehkan aku berada lebih awal diportable stesen.


Kemunculannya dipantau melalui aprs stesen 9W2UXP-2. Radio telah digunakan untuk Igate dan tidak dapat menyahut panggilan diV40.
Kemudian bertukar maklumat tentang aplikasi U2APRS yang mepunyai setup igate tersedia.
Seterusnya beliau menggunakan antena mobile bagi menguji kemampuan aprsdroid untuk mendapat packet. Ternyata sesudah menggunakan antena mobile lebih banyak packet lagi diperolehi termasuklah pagi ini.






No comments:

Post a Comment

Bercuti di Bentong dan Janda Baik

  Cuti Maulidur Rasul baru ini berkesempatan berjalan ke Bentong dan Janda Baik. Perjalanan mudah menggunakan jalan lama Gombak sahaja lalua...