Monitor satelit IO-86

Laluan jam 22:34 malam satelit Lapan A2/ IO-86  berjaya mendengar beberapa stesen. Oleh kerana lokalanku ramai yang memburu burung besi ini mudahlah tercopy audio mereka secara simplex sahaja iaitu 9W2LRN dan 9W2VMW di Kajang.

Audio mereka dicopy seawal AOS Azimuth 264° lagi mereka sudah menguji pancar dan memanggil rakan lain.

Pertengahan laluan maximum elevation audio datang bertalu-talu masing hendak dapatkan contact antara stesen. Antara stesen yang dapat dicopy adalah 9W2LRN, 9W2VMW, 9W8VIN dan YD6CZD.

Monitor menggunakan antena Quarterwave groundplane di portable stesen Batu 10 Cheras, Selangor.

Hujung laluan  berhampiranLOS Azimuth 107° kedengaran audio 9W2GID. Pada laluan kali ini maksimum elevation ialah 44.4° Semua stesen dapat dicopy dengan baik sekali readability 5/9.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

9W2DYA-6 Mencapai 9W2AZD-1

  Pada malam ini tracker 9W2DYA-6 telah berjaya menghantar packet ke Igate 9W2AZD-1 di Ampang. Stesen 9W2DYA-6 ketika itu berada di rumah Ma...