Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua Ahli Radio Amatur Malaysia.
Sukacita dimaklumkan Komuniti Amsat-My Bersama R.E.A.K.S.I dan Komuniti Aprs-my dibawah MARTS akan berkolaborasi bersama Pusat Pengajian Aeroangkasa USM Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal Pulau Pinang dalam projek Pelancaran Belon Altitud Tinggi (HAB). Oleh itu Komuniti Amsat-My akan menganjurkan satu pertandingan (Contest) iaitu mengumpul seberapa banyak kontek dengan stesen lain melalui VR (Voice Repeater) VHF/UHF yang disediakan oleh Team R.E.A.K.S.I dan dipantau melalui APRS (Automatic Packet Reporting System) yang disediakan oleh Team APRS-My. Maklumat pertandingan adalah seperti berikut:-
Tarikh Pelancaran : 29 April 2018 (Ahad)
Masa Pelancaran : 9.00 Pagi (VR Aktif dan bermula pertandingan selepas 30min Balon dilancarkan)
Tempat pelancaran : USM Transkrian, Nibong Tebal. Pulau Pinang
Frekuensi Uplink: 435.935Mhz
Frekuensi Downlink: 145.935Mhz
Tone: 203.5
Callsign APRS: 9M4ESC-11
Semua stesen2 Amsat-My dan seluruh Ahli Radio Amatur Malaysia yang dapat mencapai VR (Voice Repeater) tersebut dijemput menyertai dan memeriahkan ujikaji dan aktiviti pertandingan ini.
Sijil disediakan kepada peserta yang berjaya mengumpul kontek terbanyak seperti berikut:
1 – 10 Stesen = Bronze Award
11 – 20 Stesen = Silver Award
21 – 30+ Stesen = Gold Award
3 Sijil buat 3 Stesen dari Grid QTH yang terjauh membuat kontek.
Peraturan Pertandingan
1. Penyertaan adalah terbuka kepada pemegang Lesen Radio Amatur Malaysia yang sah.
2. Setiap peserta perlu mendapatkan kontek sebanyak mungkin sepanjang tempoh VR diaktifkan.
3. PEP kuasa pancaran tidak melebihi 5 watt???
4. Log lengkap mengandungi Callsign (success contact) dan Grid dalam bentuk (Microsoft Excel,Word atau PDF)
*Untuk mendapatkan Grid QTH anda sila cek di web ini http://qthlocator.free.fr/
5. Setiap Stesen akan diuji dengan kemahiran membaca kedudukan dan ketinggian Balon tersebut berpandukan Aprs boleh lihat di www.aprs.fi dan masukan Callsign Aprs 9M4ESC-11 untuk mula menjejaki belon VR tersebut.
6. Peraturan pertandingan setiap stesen perlu membuat perhubungan dengan merekod Callsign berserta Grid QTH anda memancar. Contoh – Stesen 1 – 9W2BXN disini 9W2VRD OJ04IV QSL / Stesen 2 – QSL 9W2VRD disini 9W2BXN OJ02UV 73 dan Stesen kontek seterusnya.
7. Log yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar melalui emel kepada 9w2vrd@marts.org.my tidak lewat dari 4 Mei 2018.
8. Pertandingan hendaklah dijalankan dengan tertib dan tidak melanggar mana-mana peraturan yang berkuatkuasa.
8. Keputusan juri adalah muktamad.
Peraturan Pertandingan dan makluman boleh didapati di Fb Amsat-My atau di laman Web www.amsat.my.
#JikaBukanKitaSiapaLagi
#BersamaMenciptaSejarah
#HamRadio Malaysia
#HAB-HighAltitudeBalloon
Sekian. 73
KOMUNITI AMSAT-MY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment