Tiga lintasan YB0X-1

Pada hari ini, tiga lintasan YB0X-1 telah berlaku. Lintasan pada hari ini, membolehkan stesen 9W2DYA-2 mendapat 7 packet dari YB0X-1.

Lintasan pagi jam 8:37 hingga 8:41. Manakala, lintasan petang bermula 15:32 hingga 15:41. Seterusnya, lintasan malam berlaku jam 18:59 hingga 19:10.

Berikut merupakan waktu mendapat packet;
8:40:30
15:36:53
15:37:38
15:38:23
15:39:08
19:03:33
19:05:46

Kali ini, stesen HS0BBD memonopoli packet setiap lintasan. Stesen lain adalah YB3MBN-1 dan YD0NXX-4.

Satelit yang lain juga turut diintai jikalau sangkut packet iaitu PSAT, PSAT-1 dan W3ADO-1. Namun masih belum sangkut satupun satelit-satelit yang lain itu.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

9M4LBJ Rumah Api Bukit Jugra, Banting

  Hari ini sempat singgah sekali lagi ke Rumah Api Bukit Jugra sempena ILLW 2026. Berlangsung selama dua hari 15 dan 16 Ogos 2026. ILLW adal...