9M2ZAK Team ASIA AS #5

[ ANAK MALAYSIA PERTAMA KE PERSADA OLIMPIK RADIO AMATUR  WRTC 2018 DI GERMANY ]

Buat pertama kalinya dalam sejarah radio amatur Malaysia,  'Contester' dan 'DXer' Malaysia iaitu 9M2ZAK Zaki Din akan menyertai pertandingan berprestij bertaraf dunia iaitu World Radiosport Team Championship 2018 yang akan berlangsung di Germany pada July tahun ini. Kemahiran operator Malaysia ini dalam aktiviti CONTEST telah mendapat pengiktirafan, apabila disenaraikan sebagai peserta untuk pasukan Team ASIA #5 bersama Champ E21EIC yang merupakan ketua pasukan ini.

Kami sedia maklum dengan kos yang tinggi, atas keprihatinan ini juga kami menjemput setiap pengendali radio amatur dengan solidarati MALAYSIA untuk memberikan sedikit sumbangan bagi menampung kos perbelanjaan beliau sepanjang berada disana yang dianggarkan sebanyak RM 5 ribu.

Usaha dan inisiatif ini dicetuskan oleh beberapa rakan ham terutamanya melibatkan penglibatan sulung operator Malaysia di peringkat antarabangsa seterusnya menunjukkan bahawa Malaysia juga mempunyai operator radio amatur bertaraf antarabangsa.

Kami memohon jasa baik kepada Persatuan/Kelab atau orang perseorangan untuk sama-sama menyumbang untuk meringankan bebanan kos disana nanti, demi wakil dari Malaysia tercinta

Tanpa melalui orang tengah,  segala sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun Cikgu Zaki iaitu:

ZAKI BIN DIN
Maybank 1511 0109 5703

Mari kita sama-sama memberikan sumbangan dan menyokong usaha Team Asia #5 agar berjaya didalam pertandingan tersebut.

Kepada yang bermurah hati untuk menaja atau menderma, sertakan salinan slip bank transfer anda untuk rekod kepada 9m2zak@gmail.com atau whasapp ditalian 017 761 2502

Tahniah pada 9M2ZAK Zaki Din

b/p
Malaysia DXers


No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...