Malam tadi semasa balik dari Cheras ke base monitor di Marts lingking. Kedengaran Tn Haji Din Mega 9W2DGA qso dijalur. Hasil perbualan bersama stesen lain, beliau sedang mobile ke Bukit Mahkota untuk eyeball.
Bukit Mahkota sebelah sahaja dengan base station. Bolehlah bereyeball bersama rakan-rakan pada malam itu. Sampai di UKM beliau QSY ke V22. Hanya kedengaran audio beliau sahaja di corong radio. Terus memandu ke Bukit Mahkota yang tidak pasti lokasinya.
Bukan susahpun hendak cari rakan radio. Ronda-ronda cari kedai kemudian tengok jelopi yang ada antena yang tinggi-tinggi. Pasti di situlah QTH pada malam itu. Ternyata betullah, apabila kelihatan di parkir jelopi tertera 9W2DGA.
QTH eyeball di kedai Big Wok. Walaupun bersebelahan dengan base. Inilah pertama kali berkunjung ke situ.
Hanya Tn Haji Din Mega yang dikenali di situ. Lebih-lebih lagi beliau memakai baju Nesrac senang untuk mengenali beliau. Stesen lain pernah jumpa 9W2VQL yang merupakan tuan rumah pada malam itu. Base beliau di Seksyen 5 Bukit Mahkota.
Stesen yang diraikan pada malam itu adalah Abg Shah 9W2EJE lokalan Jitra. Beliau berkursus di Bangi dan sebelum pulang eyeball bersama rakan Bangi. Bersalaman didaratan pula bersama rakan yang selalu QSO. Peluang sebegini sememangnya tidak dilepaskan walau dimanapun berada. Ini dapat menguatkan ukhwah sesama rakan ham.
Selain dua stesen yang ku kenali itu, stesen lain pertama kali bersalaman didaratan ialah 9W2HXO, 9W2NQH dan swl PRPCU.
Kemudian menyusul beberapa stesen iaitu 9W2VXM, 9W2SGJ dan terakhir 9W2XEZ bagi melengkapkan 10 stesen eyeball.
Tradisi meletak hand-helds di atas meja diteruskan. Barulah eyeball namanya. Lambang rakan ham berkumpul berjumpa bertukar fikiran dan pandangan serta berkongsi ilmu terkini serta perkembangan semasa.
Macam-macam model disusun untuk diambil gambar sebagai kenangan. Seiring dengan perkembangan teknologi, handy ini juga turut berubah mengikut teknologi terkini dari analog hinggalah teknologi digital. Semua ikut kemampuan dan minat untuk memiliki sesuatu model. Mula yang termurah hinggalah yang mahal bergantung pada individu itu sendiri.
Banyak perkara dibincangkan serta dikongsikan bersama bagi kemajuan radio amatur. Ini dapat bertukar-tukar fikiran dan idea serta berkongsi pengalaman masing-masing.
Ini juga dapat mengumpulkan rakan lokalan bagi persediaan jika terjadi sesuatu perkara yang tidak dingini dapat dibantu.
Sesungguhnya eyeball ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama rakan ham.
73, Jojet de 9W2DYA
No comments:
Post a Comment