MySET Simulated Emergency Test 2019

THE MALAYSIAN SIMULATED EMERGENCY TEST 2019 (MySET)

Communication Exercise Plan.

HF
1) Setiap SEC akan hantar message ke Putrajaya 9M4CMA Jika tidak dapat dihantar terus ke 9M4CMA, cuba minta relay daripada stesen SEC lain ataupun mana-mana stesen yang boleh bantu. Walaupun bukan SEC. Diminta semua SEC maklumkan kepada rakan-rakan ham untuk sedia membantu relay.

2) Check in dengan NEC seperti check-in dalam NET. Sebut callsign anda sahaja. NEC akan respon dan jika ada lebih daripada satu SEC yang ingin menghantar mesej, sila tunggu giliran dan NEC akan panggil anda. Cara ini adalah dikenali sebagai “Directed Net” dimana NEC sebagai NSC akan kawal net.

3) Sebut saja “9M4COO with traffic”

4) Elakkan terlalu banyak ucapan seperti “selamat selamat”, “terima kasih kerana menjadi NSC” dll. Semasa emcomm mungkin ada ‘BREAKERS’ yang ingin hantar mesej penting.

5) KISS : Keep It Short and Simple

6) Tatacara bercakap adalah sama seperti cara amateur radio biasa.

7) Contoh: 9M4COO SEC Johor

8) 9M4COO adalah callsign yang perlu disebut mengikut peraturan radio amatur dan CMA

9) SEC Johor adalah “tactical callsign”.
Jika disebut 9W2WPZ SEC Johor, maka orang yang menerima panggilan akan tahu bahawa 9W2WPZ adalah operator SEC Johor.

Di dalam EMCOMM kita menggunakan TACTICAL CALLSIGN untuk menunjukkan stesen tersebut yang mungkin ada lebih dari seorang operator.

Dari semasa ke semasa, sebut “THIS IS AN EMCOMM EXERCISE” supaya stesen-stesen yang memantau maklum bahawa kita sedang menjalankan latihan.

VHF
1.SEC diminta sebarkan dan minta jasa baik rakan rakan radio amatur supaya sedia untuk RELAY mesej ke 9M4CMA di Putrajaya.

2.Terdapat 4 tempat di mana mesej akan diaktifkan dan perlu dihantar ke Putrajaya.

3.Setiap mesej perlu disampaikan ke Putrajaya dengan satu frekuensi yang sama dari awal hingga akhir ke Putrajaya.

4.Putrajaya akan ada 4 stesen VHF sedia untuk menerima mesej.

5.Mereka akan dikenali dgn :
a) (Callsign) R1 di 144.260MHZ
b) (Callsign) R2 di 144.280MHZ
c) (Callsign) R3 di 144.300MHZ
d) (Callsign) R4 di 144.320MHZ

6.R1, R2, R3 dan R4 adalah “tactical callsign”. Operator mungkin akan bertukar tetapi tidak “tactical callsign”.

Contoh: 9M2CIO R1, this is 9W2PCK.

9.Dari semasa ke semasa, sebut “This an emcomm exercise” supaya stesen-stesen yang memantau faham bahawa kita tengah membuat latihan.

7.Selepas relay mesej, sila hantarkan laporan ke admin@marts.org.my supaya jawantankuasa kecil MARTS dapat buat peta relay nasional.

8.Peringatan: gunakan phonetics dengan sebaiknya.

Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...