Tour De Selangor stage 2 Sg Buloh - Kajang

Hari ini merupakan perlumbaan Jelajah Selangor peringkat ke-2 Sungai Buloh ke Kajang. Kesempatan untuk mengikutinya di Dam Semenyih. Pintu pagar yang berlatarbelakang Empangan Semenyih. Lokasi strategik ini dipilih memandangkan tidak sempat untuk ke Bukit Hantu puncak tertinggi Jalan Sg Tekali ke Sg lalang.



Lebih kurang jam 2:30 petang telah berada di sini, selepas Pegawai Trafik menyuruh berhenti meletak jelopi di tepi pagar ini. Marshal perlumbaan berada dihadapan memastikan keadaan jalan raya selamat dilalui tanpa halangan kenderaan.


Lima belas minit kemudian muncul pelumba pertama menyusur laju menuruni bukit. Kemudian dua pelumba lagi berdesup laju dengan jarak yang agak jauh juga.


Kemudian baru beberapa orang chaser mengikuti dari belakang dengan lajunya. Jarak yang ternyata berbeza di antara satu dengan lain. Memandangkan mereka dipisah setelah melalui pendakian bukit. Hanya pendaki yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental berjaya meloloskan diri dari kelompok.


Semua pelumba berpecah mengikut kumpulan kecil tidak membentuk peleton yang besar. Bunyi deruan basikal ketika menuruni umpama sekumpulan lebah sedang berterbangan. Hembusan angin dari pecutan turut terasa walaupun tempat itu angin sangatlah kuat.


Turut kelihatan pelumba merendahkan kedudukan badan untuk mengurangkan rintangan angin. Pelumba yang dihadapan melakukan sedemikian untuk meningkatkan jurang perbezaan dengan pelumba dibelakang.


Pelumba yang bijak turut mengikut dibelakang dalam satu barisan yang panjang. Ini biasa berlaku semasa menuruni bukit yang panjang dan laluan lurus. Manakala yang masih bertenaga, sedaya upaya untuk meloloskan diri dari kelompok. Pelbagai gaya dan aksi ditonjolkan oleh pelumba untuk menjarakkan diri ke garisan penamat di Kajang.



Kenderaan pasukan kepada pelumba yang berada dihadapan berada di tengah-tengah perlumbaan. Menyusup laju mengikuti pelumba harapan yang sentiasa mendahului perlumbaan sejak awal lagi. Banyak jenis kenderaan yang mengikuti konvoi ini yang mempunyai peranan tersendiri bagi melicinkan perjalanan pertandingan.


Result of KOM3 (Cat 3) at Sungai Tekali:
Stage 2 :Sungai Buloh - Kajang
Tour De Selangor 2019 ðŸš´‍♂️ ⬇️
.
1. Culey (TSC)

2. Ahmad (PGN)
3. Projo (NEX)
4. Watanabe (AIS)

.

Tempoh 15 minit diambil untuk melengkap ke semua pelumba melalui dihadapanku. Pelumba yang terakhir diikuti dengan semua kenderaan konvoi.


Laluan menuruni bukit yang lurus ini juga peluang untuk merapatkan kembali oleh kelompok belakang. Pelumba pecut tidak melepaskan peluang untuk merebut kembali kedudukan. Sayangnya jaraknya agak jauh  untuk mengejar kembali.


Betapa lajunya pelumba menuruni bukit ini dengan hanya meninggalkan bayang pada lensa telefon pintar. Ini bukanlah jurugambar profesional untuk menangkapnya. Tetapi ini hasil berjaya dirakam pada petang tadi.


Pelumba terus mengayuh dilaluan menuruni bukit yang lurus tanpa menoleh belakang lagi. Setiap saat amatlah berharga bagi menentukan pemenang. Mereka akan terus mengayuh hingga ke simpang Pekan Semenyih dengan jarak 10km ke garisan penamat di Kajang. 


Semasa perlumbaan ini terlihat dua jelopi repeater. Jelopi ini berada dihadapan dan dibelakang perlumbaan konvoi. Setiap jelopi mempunyai antena magmount. Radio komunikasi semasa perlumbaan besar ini amatlah penting. Kelancaran perjalanan pelumbaan turut ditentukan dengan sistem komunikasi yang baik.

73, Jojet de 9W2DYA



No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...