MALAYSIA DX CONTEST 2020 - 9MDXC

TARIKH: 25 – 26 Januari 2020
MASA PERTANDINGAN:
[MULA]
00:00 UTC, 25 Januari 2020 (Sabtu) / 08:00 MST, 25 Januari 2020 (Sabtu)
[TAMAT]
23:59 UTC, 25 Januari 2020 (Sabtu) / 07:59 MST, 26 Januari 2020 (Ahad)
TEMPOH PERTANDINGAN: 24 jam.
TUJUAN:
Untuk memberikan pendedahan kepada semua stesen radio amatur dari seluruh Malaysia dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti ‘contest‘ iaitu ianya memerlukan sesebuah stesen radio amatur itu melakukan sebanyak mungkin ‘contact‘ dengan stesen yang lain dalam masa yang telah ditetapkan.
BANDS:
Hanya 80m, 40m, 20m, 15m dan 10m.
JENIS PERTANDINGAN & PERTUKARAN:
SSB   ->   RST + UMUR pengendali. (Contoh: 59 + 30)
[CONTOH]
o Jika umur pengendali radio adalah 30 tahun pertukaran RST : (59 + 30)
o Pengendali radio wanita boleh memberikan pertukaran RST umur (contoh 30 tahun) akan tetapi dibenarkan untuk memberikan RST : (59 + 30) atau (59 + 00)
o Multi Operator boleh memberikan pertukaran RST secara umur purata. Jika umur pengendali antara 25 – 35 tahun. RST (59 + 30) untuk purata semua pengendali.
CARA PANGGILAN PERTANDINGAN: 
SSB : “CQ…….. MYDX…… CONTEST”
KATEGORI:
[Stesen MALAYSIA]
1. SOSB LP –> Single Operator Single Band Low Power (9W2, 9W6 & 9W8 only). Kuasa pancaran mengikut AA.
2. SOAB HP –> Single Operator All Band High Power (9M2, 9M6 & 9M8 only). Kuasa pancaran mengikut AA.
3. MOST HP –> Multi Operator Single Transmitter High Power (9M4 akan dikira sebagai MO)Kuasa pancaran mengikut AA.
[Stesen DX]
1. SOAB LP –> Single Operator All Band Low Power. Max power 100W
2. SOAB HP –> Single Operator All Band High Power. Max power 1500W
3. MOST HP –> Multi Operator Single Transmitter High PowerMax power 1500W
*** Single Band akan dikira sebagai All Band bagi stesen DX.
PEMARKAHAN:
[Stesen MALAYSIA]
o ‘Contact’ dengan 9M2/ 9W2/ 9M4: 10 mata.
o ‘Contact’ dengan 9M6/ 9W615 mata.
o ‘Contact’ dengan 9M8/ 9W815 mata.
o ‘Contact’ dengan stesen DX dari benua yang sama: 5 mata.
o ‘Contact’ dengan stesen DX dari benua yang berlainan: 7 mata.
[Stesen DX]
o ‘Contact’ dengan negara sendiri: 2 mata.
o ‘Contact’ dengan stesen DX dari benua yang sama: 5 mata.
o ‘Contact’ dengan stesen DX dari benua yang berlainan: 7 mata.
o ‘Contact’ dengan stesen Malaysia: 15 mata.
PENDARABAN:
Jumlah Mata x ( Jumlah Prefix 9M + Jumlah Negara ).
Contoh: 1000 mata QSO x ( 3 prefix 9M + 70 negara ) = 73000 (Mata akhir)
LOGGING SOFTWARE:
Pihak 9MDXC menggalakkan penggunaan perisian N1MM Logger. Namun, penggunaan perisian N1MM tidak wajib atau semestinya. Anda boleh menggunakan mana-mana perisian yang boleh menghasilkan fail ‘Cabrillo‘ versi 3.0 bagi Malaysia DX Contest 2020 ini.
CABRILLO FORMAT:
Sekiranya anda menggunakan ‘paper’ log atau mana-mana perisian selain N1MM, sila rujuk di sini bagi format ‘Cabrillo‘ versi 3.0 yang ditetapkan oleh pihak 9MDXC. Kegagalan anda untuk mengikut format yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan anda dibatalkan. Harap maklum.
USER DEFINE CONTEST (UDC):
Sila muat turun fail UDC di sini.
*** Fail UDC sudah boleh dimuat turun.
PERATURAN UMUM:
1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada semua stesen radio amatur.
2. Dupe log tidak akan dikenakan penalti tetapi 0 mata diberikan. Cumanya anda perlu menyatakannya dengan jelas dalam log anda.
3. Kiraan mata yang dinyatakan dari perisian N1MM Logger akan mengalami perubahan setelah dikira semula oleh sistem ‘Cabrillo Evaluator‘. Hal ini adalah kerana perisian N1MM Logger tidak dapat membezakan penyertaan daripada kategori SOLP/ SOHP dan MOHP.
4. Log yang dihantar perlu menggunakan ‘callsign’ anda yang ditulis dengan huruf besar.
5. Log mesti dihantar dalam bentuk fail ‘Cabrillo’ versi 3.0 sahaja. Sila hantar log anda dalam format Cabrillo di sini.
6. Jawatankuasa 9MDXC tidak menerima log yang ditulis dengan tangan.
7. Semua log perlu dihantar dalam tempoh masa 7 hari selepas tamat pertandingan iaitu 2 Februari 2020 (23:59 UTC)Penghantaran log selepas tarikh tersebut akan dikira sebagai ‘check log‘.
8. Perlakuan ‘self spotting’ adalah tidak dibenarkan.
9. Hanya satu signal pancaran sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa.
10. Semua peralatan ‘transmitters‘ dan ‘receivers‘ mestilah dalam lingkungan 500m radius.
11. Semua antena yang digunakan oleh peserta, mestilah disambung secara fizikal terus ke ‘transmitters‘.
12. Jawatankuasa 9MDXC boleh membatalkan penyertaan mana-mana stesen amatur yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan ini.
13. Keputusan Jawatankuasa 9MDXC adalah muktamad.
14. Keputusan pertandingan  Malaysia DX Contest 2020 ini akan diumumkan pada 29 Februari 2020.
SIJIL:
Semua stesen yang menyertai Malaysia DX Contest 2020 ini akan diberikan sijil dalam bentuk .pdf yang boleh dimuat turun di sini sebagai tanda penghargaan dari 9MDXC.
PLAK:
[Stesen MALAYSIA]
o Top Single Operator Single Band Low Power.
o Top Single Operator All Band High Power.
o Top Multi Operator Single Transmitter High Power.
[Stesen DX]
o Top Single Operator All Band Low Power.
o Top Single Operator All Band High Power.
o Top Multi Operator Single Transmitter High Power.

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...