Terima packet RS0ISS

Pagi tadi berjaya menerima satu packet RS0ISS. Packet dari Stesen Angkasalepas Antarabangsa ISS bermula jam 11:12 pagi. Menerimanya di penghujung laluan iaitu jam 11:24:35 pagi waktu Malaysia.


Ini merupakan packet kedua daripada aktiviti satelit melalui APRS. Sebelum ini satelit Lapan-A2 YB0X-1 berjaya mendapat satu packet juga oleh  Igate 9W2DYA-5 01/05/2020 11:24:34 AM+08:00RS0ISS>CQ,qAR,9W2DYA-5:>ARISS - International Space Station



Credit DU6DKL
Sementara itu, rakan dari Filipina  Kako Kilayko Lizares DU6DKL melaporkan bahawa stesen Pumbaa 9W2PUM telah dikesan oleh Igatenya.
Credit DU6DKL
Ini mungkin berlaku sewaktu stesen 9W2PUM-8 sedang menaiki kapal terbang dari Johor ke Pulau Pinang. Namun Kako DU6DKL tidak manyatakan waktu gambar diambil. Perasan ketika penerbangan adalah waktu jam 7 lebih. Melihat tail yang panjang dari Johor ke Pulau Pinang dengan altitud melebihi seribu meter. Jangkaan sebegitu pastilah berada di dalam kapal terbang di ruang udara Semenanjung Malaysia.


Credit DU6DKL
Terdapat beberapa stesen dari 9M land pada raw data gambar yang dikirimkan. Stesen tersebut adalah 9W2UHF-9 dan 9W2JDY-1.
Apabila diteliti gambar tersebut terpapar waktu jam 20:54 waktu Filipina kemungkinannya.



Stesen Peter Jennings VE3SUN telah dikesan berada di Singapura. Merujuk pada laman sesawang beliau http://nomadness.benlo.com
beliau sangat aktif mengembara bersama campervan Romahome. Beliau telah menjelajah sebanyak 119 buah negara. Mungkinkah akan merentasi Semenanjung? Tunggu dan lihat stesen VE3SUN di aprs maps.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...