Bermula jam 11:55 pagi ada kedengaran aktiviti di V47 145.5875MHz. Hanya kedengaran audio Gdeen 9W2GID readability 5/9 di corong radio. Dua stesen yang disebut oleh beliau adalah Shahril 9W2LRN di Kantan Permai dan Khang Kai 9W2KNX. QTH 9W2GID di Prima Saujana, Kajang.
Seterusnya selepas balik bungkus makanan jam 12:56 tengahari. Kedengaran pula audio Zarul 9W2LQK base Taman Delima. Terima audionya readability 4/8. Dua stesen yang masih aktif dijalur yang disebut beliau adalah 9W2GID dan 9W2LRN. Malang tiada kedengaran sebarang audio daripada mereka. Jam 1:06 petang Zarul 9W2LQK keluar daripada jalur QRT.
Credit 9W2VMJ |
Sebelah petang jam 2:55 kedengaran Jefrizal 9W2VMJ memangil-manggil di jalur. Sayangnya tidak kedengaran stesen lain menyahutnya. Lima minit kemudian sekali lagi kedengaran audio Zarul 9W2LQK. Penerimaan pada kali ini kurang memberangsangkan.
Credit 9W2VMJ |
Stesen lain yang disebut sedang bermobile adalah Syah 9W2OUN tidak kedengaran audionya. Kemudian jam 3:25 petang kedengaran audio 9W2VQL readability 5/9 menyebut sesuatu kepada Acik 9M2VMW. Audio Acik tidak kedengaran.
Akhir sekali, jam 5:18 petang sekali lagi kedengaran audio 9W2VQL menyebut Pak Hasan 9W2CLA.
73, Jojet de 9W2DYA
9W2HXO dan 9W2WZZ ada bergabung. Mungkin anda tak copy. 73
ReplyDeleteYa Pak Hamdan 9W2HXO penulisan berdasarkan pemantauan dari radas saya dibase.
ReplyDelete