Monitor V47 Kajang malam ke-3

Malam ini bermula 9:50 malam baru sempat monitor V47 145.5875MHz selepas membeli makanan. Kedengaran ada tiga stesen dijalur. Kedengaran audio Syah 9W2UON di Kajang Perdana kemudian pass microphone ke Khang Kai 9W2NXK. Kedua stesen diterima dari Bangi lama readability 5/9.


Credit 9W2NXK

Satu lagi stesen di jalur adalah Pak cd 9W2GCD tidak kedengaran audionya. Kemudian masuk bergabung abg Muhamad Nor 9W2NQH di Nilai readability 5/9.


Seterusnya isyarat panggilan 9W2VMJ disebut. Malangnya tidak kedengaran audionya juga dari Bangi lama ini. Ada satu lagi stesen yang tidak kedengaran ialah  Munir 9W2WZZ. Tiba-tiba jam 10:28 malam barulah audio Pak cd 9W2GCD diterima readability 5/9. Menurut abg Muhamad Nor, Pak cd menukar penggunaan antena.

Jam 10:38 Khang Kai keluar jalur QRT. Perbualan terus rancak apabila semakin larut malam. Jam 11:04 malam Pak cd 9W2GCD mendarat pass mic kepada Jefrizal 9W2VMJ yang tidak kedengaran audionya.

Pada jam 11:08 malam 9W2NQH QRP kepada 5 watt memancar dari Nilai. Seterusnya kedengaran isyarat panggilan 9W2GID dan 9W2LIX disebut. Nampaknya malam ini banyak stesen bergabung di V47. Jam 11:17 Syah 9W2UON keluar jalur QRT.  Munir 9W2WZZ turut mendarat 11:19 malam diberitakan oleh 9W2NQH.
Guna rig mobile sebelum itu handy 5 watt antena J-pole oleh abg Munir 9W2WZZ QTH Semenyih Indah. Seterusnya 9W2NQH pass mic pada 9W2GID yang tidak kedengaran audionya.

Jam 11:25 malam hanya kedengaran abg Muhamad Nor 9W2NQH di jalur dari Bangi ini. Kemudian Abg Kamal 9W2EZR Nilai readability 5/9 masuk bergabung dengan kuasa pancaran 50 watt.
Audio 9W2GID di Kajang pula dapat diterima dengan baik readability 5/9. Beliau pass mic kepada 9W2VMJ negative copy.

11:39 malam 9W2NQH terima mic dari Malik 9W2LIX. Jam 11:48 abg Kamal 9W2EVR keluar jalur  pass mic ke  abg Gideen 9W2GID. Turut keluar jalur 9W2GID audio semakin menurun dan pass mic ke 9W2VMJ.


Akhirnya jam 11:52 malam 9W2NQH last over pada abg Malik 9W2LIX.

Kesimpulannya jalur V47 pada malam ini sangat meriah dengan kehadiran beberapa stesen dari Kajang, Semenyih dan Nilai. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini pasti frekuensi radio amatur seluruh negara kembali meriah.

Semakin larut malam adakalanya kedengaran audio semakin baik dan jelas. Gelombang terus bergerak semakin jauh dan memudahkan penerimaan kepada stesen yang jauh. Kepuasan pemancaran secara simplex boleh menghantar dengan lebih jauh merupakan suatu kepuasan dengan kuasa pancaran yang kecil.

Ketika ini keberkesanan radas yang disediakan diuji kemampuan jangkauannya.

73, Jojet de 9W2DYA


No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...