Monitor V47 145.5875MHz Kajang

Malam ini kedengaran audio rakan V47 Kajang. Bermula jam 9:20 malam kedengaran audio masuk dicorong radio. Pak cd 9W2GCD terima readablity 4/8 di Kajang. Kedengaran beliau menyebut isyarat pangilan Pak Hamdan 9W2HXO di Semenyih. Tetapi tiada kedengaran audionya dari Bangi ini.


Credit 9M2VMW

Selepas itu, 9:30 malam kedengaran audio Khang Khai 9W2NXK di Puncak Saujana apartment di tingkat 16. Sudah pasti readability 5/9 diterima audio Khang Khai 9W2NXK kelebihan ketinggiannya. Lagi satu stesen Acik 9M2VMW tidak kedengaran audionya.


Credit 9W2NXK

Jam 9:40 malam Muhamad Nor 9W2NQH di Nilai dekat USIM masuk bergabung. Bersebelahan dengan Bangi lama ini pasti readability 5/9.

Kemudian 9:50 malam isyarat panggilan Pak Razif 9W2JQQ disebut. Malangnya tidak kedengaran audionya juga. Kang Khai keluar jalur selepas itu. Jam 10:05 malam audio Pak cd 9W2GCD semakin mantap readability 5/9

Sehingga jam 10:19 malam hanya 3 stesen masih aktif dijalur. 10:23 malam Acik 9M2VMW keluar jalur QRT. Tinggal 2 stesen di jalur iaitu 9W2GCD dan 9W2JQQ. Perbualan berkisarkan peristiwa terkini negara. Jam 10:39 malam Pak cd 9W2GCD mendengar last over daripada Pak Razif 9W2JQQ.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Monsun Timur Laut belon KLIA jatuh di Kanchong Darat

  Monsun timur laut yang baru beberapa hari yang lalu telahpun bermula. Ini petanda belon KLIA akan jatuh ke darat pada kali ini. Tahun ini ...