Stesen K4UAH-6 semakin menjarakkan dari kepulauan Alaska



Pagi ini stesen K4UAH-6 semakin menjarakkan dari kepulauan di Alaska menuju ke Amerika Utara di lautan pasifik. Rekod mengelilingi glob bagi pusingan seterusnya semakin hampir. Setelah beberapa hari terperangkap di China dan Rusia. Penerbangan mendapat arah dan rentak yang betul untuk misi mengelilingi bumi.

Jam 6:48 kelajuan 72 km/h dengan bearing 89 darjah. Altitud ketinggian 13120m dengan suhu 5darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator BN19SC.

Jam 6:58 kelajuan meningkat kepada 78 km/h dengan bearing 110 darjah. Altitud ketinggian 13120 m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 4.20 volt. Locator BN19UB.

Jam 7:08 kelajuan menurun kepada 35 km/h dengan bearing 89 darjah ke timur. Altitud ketinggian kekal 13120m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar meningkat semula kepada 4.30 volt. Locator BN19VB.

Jam 7:18 kelajuan meningkat kepada 72 km/h dengan bearing 89 darjah. Altitud ketinggian meningkat kepada 13180m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar  kekal 4.30 volt. Locator BN19XB.

Jam 7:38 kelajuan menurun 35 km//h dengan bearing 89 darjah.         Altitud ketinggian kekal 13180m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt.

Jam 10:18 penerbangan ke arah tepat antara Vancouver dan Seattle. Kelajuan 35 km/h dengan bearing arah timur. Altitud ketinggian 13120m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator BN39GB.

Jam 10:58 kelajuan 111km/h paling laju setakat ini mengikut catatan penulis. Bearing 75 darjah. Altitud ketinggian 13060m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 3.90 volt. Locator BN39PD.

 

No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...