Stesen K4UAH-6 berada di Nunavut, Canada


 

Pagi ini stesen K4UAH-6 telahpun berada di Nunavut, Canada. Jika merujuk kepada peta, stesen ini telah melepasi Alabama. Percubaan mengelilingi dunia kali ke-8 pasti dalam genggaman.

Jam 22:28 kelajuan 59 km/h dengan bearing 62 darjah yang kini berada di Teluk Baffin. Penerbangan menghampiri Greenland. Altitud ketinggian 12600m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.10 volt. Locator FQ91UL.

Waktu tempatan jam 12:38 tengah hari. Greenland wilayah autonomi Denmark yang meliputi 80% adalah ais. Masih terletak di Benua Amerika Utara.

Jam 22:38 kelajuan meningkat kepada 65km/h dengan bearing 32 darjah. Altitud ketinggian kekal 12600m dengan suhu naik 5 darjah celsius. Tenaga solar pagi ini di sana adalah 4.20 volt. Locator FQ91WN.


Jam 22:48 kelajuan 59 km/h dengan bearing 62 darjah. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator GQ01BO.


Hanya di Nuuk terdapat stesen WX BGGH di Greenland ini. Kawasan kutub yang sejuk dengan suhu 11.7 darjah celsius. Kelembapan 76% dengan tekanan udara 1006 mbar. Tiupan angin 1.8 m/s.

Jam 23:08 kelajuan 59 km/h dengan bearing 61 darjah. Altitud ketinggian 12600m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator GQ01HR.



No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...