Stesen K4UAH-6 berada di Sentachan, Rusia


Hari ini genaplah sebulan penulis menjejak stesen K4UAH-6. Super pressure belon yang mengelilingi dunia seberapa banyak untuk mencipta rekod. Bagi pusingan kali ini belum lagi melengkapkan satu pusingan hingga ke Alabama, Amerika semula. Ketika ini, masih berlegar-legar di atmosfera Rusia.

Pagi ini berada di Sentachan dengan kelajuan 33 km/h dengan bearing 89 darjah ke timur. Altitud ketinggian 13120m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar pagi ini adalah 4.40 volt. Locator PP86UI.

Jam 9:38 kelajuan 26 km/h dengan bearing kekal 89 darjah ke timur. Altitud ketinggian kekal 13120m dengan suhu meningkat 15 darjah celsius. Tenaga solar turut meningkat kepada 4.50 volt. Locator PP96DI.

Jam 14:38 kelajuan 48 km/h dengan bearing 112 darjah. Altitud ketinggian 13120m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4 volt. Locator QP16EA.

Jam 14:48 kelajuan 35 km/h dengan bearing 140 darjah. Altitud ketinggian 13120m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar masih 4 volt. Locator QP15FX.

Jam 14:58 kelajuan meningkat kepada 52 km/h dengan bearing 121 darjah arah tenggara. Altitud ketinggian meningkat kepada 13180m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar turun 3.90 volt. Locator QP15HW.

Jam 15:28 kelajuan 52 km/h dengan bearing 121 darjah.Altitud ketinggian 13120m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar menurun 3.80 volt. Locator QP15MT.



 

No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...