Misi Mencari Radiosonde D20052304 berjaya di Puchong


 Belon KLIA objek aprs D20052304 jatuh pada malam tadi berjaya ditemui pagi ini. Kejayaan ini dicapai bersama stesen Weerut 9W2RUT.


Koordinat 2.98345 darjah Utara dan 101.46426 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir direkodkan 201m. Altitud ketinggian maksimum adalah 17594m. Isyarat diterima oleh stesen radiosonde 9M2TPT di Sungai Buloh.


Lokasi mendarat belon KLIA pada malam tadi, berhampiran Puchong Gateway. Weerut 9W2RUT turut membuat tinjauan berhampiran pintu masuk di belakang deretan kedai. Berjaya mendapat isyarat radiosonde yang masih aktif. Ternyata ia jatuh di situ.


Oleh kerana semak dan tidak dapat dikenal pasti keadaannya. Sangat tinggi risiko jika mencari pada waktu gelap. Tidak perlu risau kerana lokasi sudah dikenal pasti. Sebenarnya, malam tadi tidak monitor belon ini. Maklumat diterima dari cg Zak 9M2ZAK di group wasap. Segala perbincangan dan perancangan dibuat. Kebetulan belon Paya Lebar turut mendarat di daratan juga. Maka dua belon ditemui pada pagi ini.

Credit 9W2RUT

Weerut 9W2RUT turut menggunakan aplikasi kompas untuk mengira jarak dan bearing dari kawasan kedai. Jarak yang direkodkan adalah 171m. Jangkaan ini digunakan untuk bergerak ke tapak pendaratan. Seperti yang dijanjikan pertemuan pagi ini dilokasi di hadapan pintu pagar tersebut.


Masuk kawasan tersebut ternyata semak dan tidak boleh dilalui. Terpaksa ikut laluan kenderaan yang keluar ke pintu pagar tadi. Terjumpa struktur binaan berbumbung tinggi. Semakin menghampiri, rupanya kandang kambing. Waktu tengah makan tersusun elok dengan lahapnya. Weerut bertanyakan kepada pekerja tersebut tentang laluan yang ditujui. Sebelum itu, memaklumkan tujuan masuk ke kawasan tersebut.


Pekerja tersebut menunjuk arah jalan keluar. Rupanya bumbung struktur tersebut adalan panel solar sahaja. Penjanaan tenaga solar memberi tenaga yang bebas pencemaran. Terdapat kebun sayur juga dipersekitaran tersebut. Jalan ikut laluan lapang ada nampak binaan yang ditinggalkan . Kemudian menyeberang parit yang berair di kawasan rimbunan pokok. Penyemakan kedudukan sentiasa dipantau sepanjang perjalanan. Kemudian masuk kawasan lalang yang tinggi melebihi lutut. Melangkah dengan berhati-hati serta dibasahi embun pagi. Radius semakin menghampiri. Rut rapat ke arah pokok. Pokok nangka pinggir lalang. Dia kata dah dekat. Nampak tali halus terjuntai atas pokok. Selak daun dibawah ternyata benda yang dicari telah jumpa. Binggo!


Apa lagi? bergambar bukti terlebih dahulu. Terpaksa selak celah-celah dahan untuk beri laluan kepada lensa kamera telefon pintar. Seterus ambil dan belek-belek. Tali benang halus ditarik untuk mendapatkan belon pula. Terpaksa melurut semula tali memberi ruang belon turun ke bawah. Melompot sedikit bagi mencapai belon yang semakin menurun ke bawah. Panjang juga talinya, namun peranti radiosonde tetap mencium tanah.


Tali digulung sememangnya terlalu panjang. Belon dipisahkan dengan memutuskan ikatan tali itu. Masih berkeadaan baik. Cuma koyak dibahagian atas sahaja. Bentuk seperti sedia kala.


Siap mengemas kami pulang melalui laluan yang sama dengan perasaan yang gembira. Misi berjaya dicapai. Pertama kali belon KLIA berjaya dijumpai. Turut meraikan kejayaan belon Paya Lebar turut ditemui. Kiranya pagi ini berjaya mendapat dua peranti yang berbeza jenisnya untuk kumpulan kami yang mengejar belon kajicuaca.

Kemudian kami berkonvoi ke kedai makan untuk mengisi perut. Frekuensi 145.500MHz digunakan untuk berhubung. Itulah keistimewaan rakan ham, boleh berhubung menggunakan radio masing-masing di dalam jelopi. Sambil makanpun boleh bercerita tentang hobi radio dan pengalamannya.  Habis makan dan dibelanja oleh Rut. Mempelawa pula ke officenya tidak berapa jauh dari kedai makan itu.


Officenya merupakan pusat sehenti bagi satu jenama radio komunikasi. Ada ruang pameran, pusat membaiki peralatan radio dan diluar ada sebuah kontena untuk pusat komunikasi Marts. Tempat yang paling sesuai bagi peminat radio. Boleh belajar tentang radio daripada beliau. Tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman.


Semasa di ruang pameran menunjukkan beberapa model radio yang ada di situ. Radio berwarna oren ini digunakan di Pos Orang Asli untuk komunikasi radio. Radio HF ini mudah dan senang digunakan. Hanya menggunakan bateri jenis D sahaja yang mudah didapati di kedai runcit.


Konsep mesra pengguna perlu ada bagi model ini. Mudah dikendalikan tanpa rumit memudahkan penggunaan dalam kalangan masyarakat Orang asal.

Kemudian menunjukkan ruang membaiki dan menguji peralatan radio. Pelbagai peralatan serta radas ada di ruang ini. Termasuk model PCX-250 transceiver ada di situ untuk diperiksa.

Berdiri tegak itu manpack yang mudah dibawa ke mana-mana destinasi terpencil. Fungsinya mudah dibawa ke mana-mana dalam berhubung antara satu sama lain.





























No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...