Bukit Serdang 206m, Seri Kembangan dan Bukit Wawasan 233m, Puchong


 Pagi ini berjaya meneroka kawasan Bukit Serdang, Seri Kembangan. Titik tertinggi direkodkan oleh jam Garmin adalah altitud ketinggian 206m dari aras laut.


Memilih laluan dari Taman Universiti berdekatan dengan kolam ikan. Boleh rujuk peta google kerana telah ditanda atau dilabelkan. Tidak susah dengan adanya peta ini dapat membantu untuk melakukan aktiviti trekking. 


Tiba di kolam ikan kedengaran salakkan anjing. Berjalan keluar mencari laluan. Namun tersalah dan berpatah nampak kereta di parkir sebalik kolam ikan di sebelah hadapan. Bawa semula kereta ke sana lebih selamat memandangkan anjing berkeliaran. Parkir kereta bersiap seperti biasa. Ada satu keluarga Cina yang baru tiba. Bertanyakan arah dan jangka masa sampai ke puncak.


Tidak susah untuk mengetahui tempat tumpuan aktiviti trekking seperti ini. Hujung minggu pasti ramai orang akan berkunjung. Yakinlah bahawa maklumat di peta google itu memang tepat dan amat diyakini. Sifat berani mencuba dan ingin meneroka perlu ditanam. Jikalau sesat sila berpatah balik. Jika berselisih dengan orang. Janganlah malu bertanya. Malu bertanya sesat cari jalan pulang.


Kawasan sekitar merupakan kebun getah. Mengikuti laluan jalan tanah merah hingga bertemu simpang empat. Terus pilihanku untuk ke kawasan kolam terlebih dahulu. Kebetulan berselisih dengan tiga orang yang beriadah. Sempat bertukar maklumat dan menujukkan arah tujuan masing-masing.


Hasil info yang diberikan hala terus adalah ke kolam. Arah kanan dari Taman Bukit Serdang. Arah kiri dari Puncak dua dan Puncak satu yang boleh melihat pemandangan lebuhraya. Akupun terus ke laluan terus hingga selekoh. Ada jumpa trek dan menyusur hingga ke pagar Lebuhraya Maju. Kelihatan adalah plaza tol Seri Kembangan.


Berpatah balik ke laluan masuk semula. Terus ke kawasan kolam. Terdapat ramai yang berehat di kawasan pondok yang disediakan. Kolam tadahan semula jadi itu turut dihuni oleh tiga ekor itik. Terdapat titi untuk menyeberang. Pondok turut dibina ditengah kolam. Melintas titi dengan berhati-hati. 


Mencabar sungguh untuk menyeberangi titi di kolam ini. Silap langkah boleh jatuh juga. Kemudian bertanya kepada sekumpulan pengunjung yang berkelah meraikan sesuatu di tepi kolam. Tanya kepada seorang uncle arah ke puncak. Sambil menunjukkan tangannya ke arah hadapan di tepi aliran air. Keluar ke laluan jalan tanah merah semula arah ke kanan. Terus mendaki hingga jumpa kawasan rentis tnb. 


Pemandangan lebuhraya disaji depan mata selepas beberapa langkah. Ambil gambar menyusur semula trek ke kawasan getah. Puncak pertama di kawasan ladang getah yang ditinggalkan. 


Mencari titik tinggi di puncak bukit satu. Jam Garmin merekodkan altitud ketinggian 184m. Ketinggian yang dilabel Puncak dalam peta google adalah 175m yang menyajikan pemandangan lebuhraya itu.


Setelah merekod data teruskan melalui trek ke hadapan. Kedengaran salakkan anjing semakin kuat. Berpatah balik ke puncak satu. Ikut semula turun ke bawah hingga jumpa trek semula. Sebelahnya ada kawasan kebun durian yang berpagar. Terus menuruni jalan tanah merah.


Pemandangan jalan susur keluar ke Seri Kembangan dari lebuhraya. Berdekatan rentis tnb turut dapat dikesan dalam aplikasi peta topo.



Rekod jam Garmin di puncak Bukit Serdang dalam peta google adalah 175m dari aras laut. Aktiviti telah berlalu selama 42 minit ketika itu.


Stesen 9W2DYA-10 merekodkan altitud ketinggian 148m  ketika di puncak satu. Bukit Serdang Hill Peak telah ditandakan dalam peta google. Menjadi bukti setelah tiba di situ.


Aplikasi peta topo lama menandakan kedudukan semasa berhampiran rentis tnb. Turut menarik perhatianku dalam peta turut memaparkan kedudukan Bukit Jalil 171m.


Jam Garmin merekodkan altitud ketinggian 184m di puncak satu. Masa 49 minit telah berlalu sejak dimulakan dari parkir kereta.


Puncak satu dirakamkan pada ketinggian 184m. Penerokaan perlu dilakukan di sekitar kawasan menentukan kedudukan yang tertinggi. Barulah puas hati setelah menjelajah seluruh kawasan bagi menentukan titik yang paling tinggi.


Ketika menuruni selepas kebun durian terlihat di atas pokok bergoyang-goyang. Rupa-rupanya terdapat ibu lutong mendukung anaknya di situ. Ada seekor yang berwarna hitam telah dihalau ibu itu. Melompat ke sana-sini yang jantan mungkin.


Kemudian melepasi aliran air mengalir ke kolam. Terus mendaki hingga tiba di puncak kedua. Kawasan puncak dihiasi lanskap bunga dalam bulatan. Jam Garmin merekodkan altitud ketinggian 176m. Masa sudah sejam 12 minit telah berlalu. Jam menunjukkan waktu 10:51 pagi. Mentari semakin terik. Nasib berjalan dipayungi pokok yang merimbun.


Puncak dua berbentuk bulatan ditengahnya terdapat pokok bunga. Ada pasangan warga emas bersenam di sini ketika tiba. Melepasi pondok meneruskan perjalanan ke simpang empat semula.


Kemudian ingin cuba mendaki ke atas trek diantara jalan dari Taman Universiti dan jalan Taman Bukit  Serdang. Terus mendaki hingga terserempak warga emas perempuan bersama anaknya. Masih kuat bertenaga nenek ini mendaki hingga ke puncak ketiga. Malulah orang muda jika tidak mampu mendakinya. Sepanjang penerokaan ini, rata-rata yang berselisih semuanya warga emas. Mereka amat pentingkan penjagaan kesihatan dengan melakukan aktiviti pendakian.


Tiba dipuncak pemandangan indah disajikan di depan mata. Puncak ini merupakan dataran bukit yang agak panjang dan luas. Banyak tempat duduk turut disediakan bagi menikmati pemandangan indah.


Pemandangan Bukit Serdang yang sebenar di Serdang turut dapat dilihat dari sini. Berjaya diteroka pada minggu lepas.


Semasa tiba, jam Garmin merekodkan altitud ketinggian 204m. Aktiviti telah berlangsung selama sejam 22 minit pada jam 11:01 pagi. Kemudian terus jalan ke hadapan sambil menikmati keindahan sekeliling.

Mencari titik tertinggi berjaya merekodkan altitud ketinggian 206m dari aras laut. Berehat sambil menghilangkan dahaga di sebuah pangkin yang dibina. Jadi disinilah puncak yang paling tinggi berjaya direkodkan oleh jam Garmin. Puas terasa berjaya mengesan puncak tertinggi di antara tiga puncak di sini.


Titik kedudukan serta koordinat yang ditunjukkan dalam aplikasi peta topo lama. Puncak Bukit Jalil memanggil untuk dijelajahi semakin hampir.


Dataran puncak yang luas dan lapang. Pemandangan hanya dapat dilihat sebelah Seri Kembangan sahaja. Sebaliknya pemandangan lebuhraya ditutup pokok. Hanya kedengaran bunyi kenderaan sahaja. Puas meronda sekitar dataran tinggi ini, melangkah turun trek yang sama ke parkir kereta. Jarak keseluruhan yang dibuat adalah 5.58km dalam masa 2 jam seminit.


Destinasi seterusnya adalah menawan Bukit Wawasan di Puchong. Merujuk aplikasi peta topo lama terdapat Bukit Permatang Kumbang 175m. Sayangnya tidak dapat mengesan bukit itu kerana kehabisan bateri telefonku. Teliti dengan peta, puncaknya terdapat rentis tnb. Semasa mendaki di Hutan Simpan Ayer Hitam ini tiada rentis tnb ditemui.


Bukit Wawasan mungkin diambil sempena nama Taman Wawasan. Perlu ke Persiaran Bukit untuk pintu masuk ke puncak. Ia turut ditanda dalam peta google. Terdapat empat gerai sedang dalam pembinaan di tepi pintu masuk. Laluan sehala ke puncak adalah satu tindakan yang bijak bagi mengurangkan penyebaran Covid-19. Namun masih terdapat segelintir pengunjung berlawan arus ketika di atas trek.


Selepas 30 minit mendaki dari pintu masuk, berjaya tiba di puncak Bukit Wawasan 233m dan 765 kaki. Kawasan agak luas dengan terdapat potongan kayu boleh digunakan untuk duduk. Terdapat satu trek telah dipagar tidak boleh dimasuki.


Jam Garmin telah merekodkan altitud ketinggian 271m di puncak. Masa diambil 34:34 sejak dari parkir kereta. Waktu ketika di puncak jam 2.26 petang. Beberapa pendaki turut melintas sahaja. Ada juga berhenti seketika untuk melepaskan lelah. Puas menghilang dahaga menuruni trek dengan berhati-hati.


Puncak Bukit Wawasan yang terletak dalam Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Hutan Bukit membekalkan oksigen kepada penduduk sekeliling yang padat. Sepanjang pendakian kedengaran unggas dan serangga adalah irama biasa semasa dalam hutan. Banyak pokok balak tumbuh membesar menandakan hutan ini tidak pernah diusik.

Kemudian turun ke lembah terdapat aliran air jernih. Melintas titi yang disediakan turun ke bawah. Sejuk dan jernih sungguh air anak sungai ini. Ikan-ikan berenang-renang dan menyorok dicelah-celah daun apabila nampak kelibatku.


Kewujudan hidupan akuatik dalam aliran air ini petanda bahawa kualiti air sangat tinggi dan baik. Kejernihan menunjukkan hutan ini sangat dijaga dengan baik tanpa penerokaan. Aliran nampak lesu merupakan nadi bagi habitat spesies  meneruskan kesinambungan kehidupan. Flora dan fauna perlu dilestarikan bagi generasi masa hadapan untuk menikmatinya.


Air merupakan sumber kehidupan yang harus dipelihara. Hutan merupakan kawasan tadahan bagi mengekalkan sumber air agar tidak terputus. Ia turut menstabilkan suhu sekitar agar tidak terlalu panas. Lebih lagi isu pemanasan global kesan peningkatan pelepasan gas karbon dioksida yang sukar dikawal.


Hutan Simpan Ayer Hitam juga digunakan oleh Universiti Putra Malaysia sebagai tempat kajian kepada pelajar-pelajarnya terutama Fakulti Perhutanan. Pengunjung hanya dibenarkan menggunakan laluan yang telah ditetapkan sahaja. Banyak simpang telah ditutup untuk mengelakkan daripada pencerobohan. Ada laporan mengatakan bahan kajian sering diganggu musnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini amat dikesali sama sekali.


Terdapat satu lembah lagi dituruni tetapi tiada aliran air. Seterusnya tiba disimpang yang disediakan pangkin untuk berehat. Menurut pendaki lain pintu keluar tidak berapa jauh lagi. Aku terus melalui trek hingga jumpa kawasan pemandangan sebelah Puchong. Berpatah balik terus turun ke pintu keluar. Ada satu lagi aliran air sebelum pintu keluar. Ada pendaki mengambil kesempatan mencuci kasut daripada selut dan lumpur. Maklumlah musim hujan trek agak lecah sedikit.

Jarak keseluruhan yang dibuat adalah 6.46km dalam masa 2 jam 9 minit. Ada pendaki memberi makan pada monyet liar berhampiran parkir. Walaupun cuaca agak mendung terdapat beberapa pendaki bersiap sedia untuk masuk ke Bukit Wawasan.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...