Misi Radiosonde D20041825 di Tanjung 12

Credit 9W2OCX
Pada 13 April 2022 jam 21:07 belon KLIA radiosonde D20041825 telah jatuh di Tanjung 12. Kami berempat terdiri daripada Arul 9W2OCX, Hanif 9W2VHF dan Nazmi 9M2EDX. Turut bersama SWL Zamri sebagai penunjuk jalan dalam kawasan ladang kelapa sawit yang luas ini.


Selepas solat terawih menjemput Nazmi 9M2EDX di UKM Bangi. Memandu dari Cheras melalui Bandar Kajang terus ke UKM. Bertemu Arul 9W2OCX dan Hanif 9W2VHF di Shell Kota Warisan. Kemudian naik van berempat untuk mengambil SWL Zamri di lokasi yang dijanjikan.


Koordinat 2.72522 darjah Utara dan 101.64586 darjah Timur. Altitud ketinggian 32m serta ketinggian maksimum adalah 18384m. 


Perjalanan diteruskan dengan bantuan SWL Zamri menunjuk jalan hingga ke kebun nenas. Selepas itu mencari laluan di belakang kebun nenas untuk ke titik akhir. Beberapa kali berpatah balik kerana salah masuk lorong. Termasuklah masuk lorong hingga bertemu kebun nenas juga. Akhirnya melalui lorong yang agak bersemak hingga ke titik akhir.


Semasa ke titik akhir, Hanif 9W2VHF telah mengaktifkan Tbeamnya. Ini penting bagi mendapat koordinat terkini. Isyarat masih aktif berjaya mendekod koordinat 2.72515 darjah Utara dan 101.64582 darjah Timur. Altitud ketinggian 11.9m berjaya dicerap.


Kompas digital menunjukkan arah titik akhir dari dalam van yang kami bergerak. Jarak 334m isyarat telah dapat kedengaran dengan baik.

Seterusnya laluan belok ke kanan dan semakin menghampiri titik terakhir. Tiba berbaki 57.1m van diberhentikan. Semua bersedia untuk memasuki ke dalam ladang kelapa sawit ini. Bersedia dengan memakai vest pemantul cahaya beserta dengan lampu suluh masing-masing.
Credit 9W2OCX

Cabaran menanti setelah melihat setiap baris sawit diselangi dengan pokok pakis yang tumbuh meliar. Nasib baiklah boleh diredahi tanpa masalah hingga ke titik akhir. Terpaksa buat penanda bagi mengelakkan tersilap atau tersasar lorong. Mudah berpatah balik melalui lorong yang sama.


Jarum kompas digital menunjukkan arah titik akhir dari belon. Jarak dijumpai 18.6m bagi altitud ketinggian 32m. Kadar V/H adalah -6.5m/s dan 2.8m/s. Kelajuan semasa mendarat sangat perlahan berdasarkan nilai V/H itu.


Peranti dijumpai di rumpunan pakis dengan lampu led masih lagi menyala. Sebelum itu terlihat benang terlebih dahulu dari atas pokok. Sebelah kanan belon dan sebelah belakang pokok itu adalah peranti. Terpaksa meredah rimbunan pakis berdasarkan benang yang kelihatan dari pokok.
Credit 9W2OCX

Penulis berjaya mencapai peranti dikelilingi pakis di belakang pokok sawit. Hampir menyamai tinggi di paras bahu. Namun mudah untuk diredahi dengan berhati-hati.
 
Credit 9W2OCX
Hanya penulis sahaja mencapai peranti dirimbunan paku-pakis ini. Keluar dengan berhati-hati di lorong yang lebih lapang lagi. Setelah kerja-kerja selesai, berpatah balik ke van mengikut laluan yang sama.

Credit 9M2EDX

Peranti radiosonde D20041825 berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Credit 9M2EDX
Keadaan belon yang hampir sempurna pecah dibahagian atas sedikit.

Credit 9M2EDX
Bantuan cahaya lampu van Arul 9W2OCX digunakan bagi merakam gambar hasil tangkapan.

Credit 9W2OCX

Maklumat misi malam ini dicatatkan pada sekeping kertas yang sangat bermakna. Bukan mudah untuk sampai ke titik akhir yang agak jauh dengan kerjasama semua anggota misi. Perjalanan diteruskan mengikut laluan sawit yang bersimpang siur. Berjaya keluar dengan selamat atas bantuan SWL Zamri.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...